Semuanya Belum Terlambat

Akhirnya saya kembali menulis di blog ini. Baru sahaja selesai mengemailkan abstract untuk 21st Australasian Conference on the Mechanics of Structures and Materials yang akan berlangsung di Melbourne, Australia hujung tahun ini. Lega rasanya satu persatu kerja berjaya diselesaikan. Tahun ini saya terpaksa berkerja keras memandangkan terdapat empat conferences yang sedang menunggu giliran. Paling terdekat adalah ACME Conference on Computational Mechanics in Engineering pada 29 hingga 31 Mac ini di Southampton University. Kertas pembentangan masih lagi dalam penambahbaikan. Kemudiannya 11th International Conference on Structures under Shock and Impact yang akan berlangsung di Tallin, Estonia, Finland pada 28 hingga 30 July 2010. Conference ini adalah yang termahal yang pernah saya ikuti. Saya membelanjakan lebih 1000pounds hanya untuk yuran dan bayaran penginapan, tidak termasuk dengan tambang pengangkutan. Namun, ini merupakan peluang keemasan untuk saya berjumpa dan menimba pengetahuan secara langsung dari mereka yang lebih pakar. Paling mengujakan adalah The Joint ADSEI-IWSRIB of Impact and Blast Conference di Manchester pada awal Oktober tahun ini yang akan menjadi medan pertama kerjasama di antara saya dengan sahabat lama, Shahrul Niza Mokhatar yang kini berada di Kyushu University, Fukuoku, Japan. Tidak cukup dengan itu, jadual conference untuk tahun 2011 juga telah pun dicatatkan di dalam diari iaitu Eurodyn 2011 di Leuven, Belgium.

Merafak kesyukuran ke hadrat Illahi kerana projek "Mosque as symbol of syiar (greatness) and civilization, the place of unity and centre of education" untuk Islam Awareness Week 2010 juga telah siap sepenuhnya dan telahpun dipamerkan untuk tatapan umum di Swansea Mosq. Saya sangat berbesar hati kerana dijemput untuk terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan tentang Islam dan secara langsung membetulkan salah anggap terdapat kesucian agama Islam. Walau bagaimanapun, persiapan Swansea Malaysian Night pada jumaat ini masing lagi diawang-awangan. Khuatir juga majlis ini hanya gah pada nama tetapi tidak pada pengisiannya. Apapun saya berdoa semuanya akan berjalan dengan lancar. Jauh dilubuk hati, terdapat perasaan berbelah bahagi sama ada ingin menjayakan Swansea Malaysian Night atau menghadiri majlis penutup Islam Awareness Week 2010 yang buat pertama kalinya saya terlibat secara aktif. Mudahan saya diberikan petunjuk yang sebenarnya.

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai buat semua teman-teman yang berada di Malaysia mahupun di Swansea. Juga Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-50 buat bonda tercinta. Tidak lupa ucapan terima kasih buat teman-teman yang meraikan hari ulangtahun kelahiran saya beberapa hari yang lepas. Dan pastinya ulangtahun kelahiran tahun ini suatu memori yang tidak akan saya lupakan. Saya dan bonda sebenarnya sama-sama berkongsi hari ulangtahun kelahiran. Saya selalu mendoakan kesihatan dan keselamatan untuk bonda tercinta. Mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan tidak terhingga buat insan yang saya gelar sebagai bonda yang selama ini bersusah payah membesar dan mendidik saya. Dalam pada itu, ucapan takziah dan al-fatihah buat ayahanda Farhan yang telah kembali kerahmatullah pada jumaat lepas. Saya juga berdoa buat Farhan semoga tabah dan sabar dalam menempuh dugaan hidup. Saya pernah merasai kehilangan orang yang saya cintai, malah tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana terpisah nun jauh beribu batu.


Jangan salah anggap, ini bukanlah sambutan hari ulangtahun kelahiran saya tetapi adalah farewell dinner buat Suzana Ahmad aka Buee aka Sara yang akhirnya pulang sudah ke Malaysia. Selamat maju jaya buat Suzana.


Farewell dinner Suzana ini menjadi tempat dua sahabat lama berkumpul. Kami berkenalan di Heathrow, London sewaktu sama-sama menunggu bus untuk ke Swansea. Mungkin ini yang dinamakan takdir persahabatan. Selepas habis master, saya dan Andy sibuk dengan haluan masing-masing.


Ini gelagatnya apabila bersama dengan adik-adik junior yang kesemuanya student undergraduate di Swansea University dan Swansea Metropolitan University. Saya terpaksa bergegas pulang lebih awal kerana kekangan waktu untuk menyiapkan bahan perbincangan keesokan harinya.


Gambar ini saya ceduk dari facebook Mazlan, kredit kepada beliau. Inilah suasana dalaman Miah's Restaurant yang menyajikan makanan halal. Saya memberikan 5 bintang untuk makanan dan layanan di sini.


Di pintu utama Miah's Restaurant sebelum pulang. Sempat lagi saya bergambar untuk menayangkan baju baru dari Zara gara-gara ingin memenuhi tema malam itu iaitu Byenana Gala Night ala'Oscar.

0 Comments:

Post a Comment