Hampir setahun masa yang saya ambil untuk kembali menulis diblog ini. Ianya adalah coretan terakhir saya di bumi Wales. Malam ini, saya akan berangkat pulang ke Malaysia, tanahair yang saya rasakan sangat asing. Memang berat rasanya untuk meninggalkan Swansea setelah bertahun-tahun berada di sini. Melihat wajah-wajah yang saya tinggalkan di Swansea membuatkan perjalanan pulang ini bukanlah sesuatu yang mengujakan. Malah, tiada perasaan gembira di hati ini.

Musim bunga di Swansea sangat indah, sesuatu yang saya tidak lagi rasai kehadirannya. Kebimbangan di hati untuk memulakan hidup baru di Malaysia sesuatu yang fitrah. Bagaimana keadaannya dan harus bagaimana saya melalui kehidupan selepas ini. Swansea mengajar saya erti tabah hidup di negara orang. Semoga pengalaman ini menjadikan saya lebih kuat untuk hidup di negara sendiri.