Rose Indienne

Agak lambat saya masuk ke office hari ini gara-gara tak sedap badan. Sejak balik dari Rose Indianne, kepala jadi pening dan hidung mula selsema. Mungkin disebabkan dua ketul lamb chop yang saya ratah di Rose Indianne atau barangkali bahana cuaca yang jatuh ke tahap beku semula. Minggu lepas cuaca memberikan harapan yang menyenangkan. Matahari bersinar dari pagi hingga ke petang menyebabkan saya membungkus semua winter jackets dan mengeluarkan spring coats. Panas yang diharap sehingga tumbuhnya bunga krokus, sebaliknya snow turun lagi. Ini yang leceh bila snow turun tanpa disangka-sangka. Sampai di office, saya terlihat seorang wanita yang seiras dengan Nafisa, teman kuliah sewaktu saya belajar master di UWS dahulu. Dia membuka pintu office untuk saya sambil melontarkan senyuman manis menawan. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Farzaneh Hafezi, fellow researcher yang baru sahaja menyertai CE2C. Wajahnya mengingatkan saya kepada seseorang yang cukup fimiliar, namun saya tidak dapat menangkap siapa dia dan langsung tidak mahu ambil kisah. Pusing kepala melihat fail-fail yang bertaburan di atas meja. Selepas solat asar, saya bertembung dengan Farzaneh di coffea bar yang waktu itu sedang berbual dengan seorang lelaki yang juga seakan-akan saya kenal. Lama saya berbual dengan Farzaneh dan suaminya, tiba-tiba memori saya kembali menjernih. Rupanya Farzaneh dan suaminya adalah antara pelajar master yang pernah belajar Elfen dengan saya. Begitu lemah sekali daya ingatan saya sedangkan saya mengajar kelas Elfen tersebut mengantikan Prof Ruth Banding pada musim panas yang lalu.

Hari ini juga genap sebulan saya memulakan misi baru tahun 2010. Sebulan terlalu pantas perkiraannya sementelah begitu banyak kerja-kerja yang masih belum selesai. Nampak gayanya Congress CE di Sydney, Australia kali ini bukanlah rezeki saya. Journal yang hendak dihantar masih tetap sama tiga muka surat sejak mula ditaip awal tahun baru tadi. Begitu banyak komitmen namun semuanya tak dapat dicapai. Ini bermakna saya telah gagal mengurus keperluan sendiri. Saya juga mungkin bukanlah seorang yang memiliki komitmen besar untuk berblog. Buktinya sebulan sekali baru berjaya mengupdate blog ini. Sibuknya bukan kepalang atau punya masa terluang lebih banyak dihabiskan dengan bersantai. Banyak benda yang membuatkan saya begitu sibuk kebelakangan ini tambahan musim sejuk memberikan kesan nyata terhadap motivasi diri yang semakin melemah. Semuanya mungkin berpunca dari kemalasan. Setakat ini satu-satunya perkara yang belum dihantui rasa malas adalah makan. Tak tahu lah apa yang akan terjadi seandainya manusia malas untuk makan.

Dalam pada tengah sibuk dengan pelbagai research projects, sempat juga saya menyertai beberapa aktiviti sisipan. Antaranya Swansea Malaysian Night. Tahun ini saya masih rela untuk join Malaysian Night walaupun sudah terlalu senior untuk aktiviti seumpama itu. Insya'allah, Swansea Malaysian Night akan diadakan pada 19 Februari ini di Taliesen. Acara makan-makan pula sudah menjadi kewajiban. Bermula dengan farewell party untuk Shaddad yang berpindah ke Bristol kemudiannya dinner di Lemongrass dengan Choi Kenwok pula, teman serumah yang akhirnya mengambil keputusan pulang ke Korea. Minggu lepas jamuan makan dan Uno games di rumah Azan dan beberapa hari lepas diadakan pula pre-farewell party untuk Suzana Ahmad aka Sara aka Buee yang akan berangkat pulang ke tanahair Khamis ini. Jadinya, tidaklah begitu janggal kalau semua orang mengatakan yang saya sudah bertambah gemuk. Memang diakui telah berisi.


Restaurant ini telah disyorkan oleh ramai orang. Kata mereka suasana di dalamnya sangat elegan dan selesa manakala makanannya sedap-sedap belaka. Tapi jangan terlalu percaya kerana selera mat salleh belum tentu kena dengan selera kita.


Portion beriyani, memang banyak bagi saya seorang. Dan malangnya tasteless berabis, saya meminjam kata-kata dari Shahril. Makanannya serba-serbi terasa kekurangan, begitu mengecewakan.


Cik Suzana Ahmad aka Sara aka Buee diapit dua jejaka. Sedang Buee tengah memberikan ucapan alu-aluannya, Mazlan dah tak sabar-sabar nak makan. Perut kosong berkeroncong.


Team CE yang bercita-cita besar untuk membina jambatan dari Peninsular Malaysia terus ke Brunei. Tunggu saya balik Malaysia dulu dan berbakti buat negara tercinta.


Antara yang diundang, Farhan, Syaz, Aqila Bahar, Cik Suzana Ahmad, Mazlan Lenny dan Azan. Saya surelah yang jadi cameramannye.

0 Comments:

Post a Comment