Kebencian Terhadap Autumn

Hari-hari di musim autumn nie sangat melarakan. Apa tidaknya, hari-hari hujan dan yang paling menyedih tu kalau awal-awal pagi dah hujan. Nak bangun subuh memang liat betul walaupun subuh habis dalam pukul 8.00 pagi, tapi nak bangun pukul 7.00 pagi macam biasa punyalah seksa. Sebab dalam duvet yang paling selesa. Rasanya, inilah musim gugur paling buruk yang pernah aku tempuhi di Swansea atau sebenarnya aku dah tak ingat autumn tahun-tahun lepas macam mana. Hehehe, kalau tak salah aku tak adalah hujan hari-hari. Dengan sejuknya dan satu hal lain pulak nak meredah Singleton Park time hujan, kenalah menyarung kasut boot. Last week baru beli kasut baru Lonsdale khusus buat musim autumn dan winter tahun ini. Banyak sebenarnya nak dibeli macam winter coat, cuma budget tak ada.

Masalahnya bukan sekadar hujan dan sejuk sahaja. Setiap kali balik rumah, macam nak balik Malaysia kalau ikutkan hati atau nak lepak di mana-mana sauna. Tapi kalau ikutkan hati, nanti mati. Pepatah orang tua-tua nie besar maknanya. Jadinya, tak perlulah berangan-angan sampai hidup jadi tidak keruan. Balik kepada dunia realiti bukannya fantasi. Hujung-hujung tahun sesuatu yang biasa di Swansea mahupun serata pelosok tanah Barat sibuk dengan sambutan Christmas. Bermulalah saat-saat derita dalam diari tahun ini. Sebelum cuti mid term bermula iaitu dalam dua minggu lagi, aku kena habiskan kelas dan makmal yang aku handle di samping kelas Shoun, sahabat yang mengantikan kelas aku sepanjang aku balik Malaysia tempoh hari. Pagi sampai ke petang kelas aku berderet-deret menyebabkan aku mula pening kepala sebab tak cukup masa nak buat preparation before class di tambah lagi dengan research aku sendiri. Students undergraduate di sini jauh beza dengan di Malaysia. Mereka memang active bertanya sehinggakan nak habiskan satu soalan tutorial pun tak sempat, asyik melayan soalan yang datang bertubi-tubi. Masa tutorial macam inilah seorang tutor atau demonstrator akan dipergunakan secukupnya sebab mereka tahu kita orang dibayar untuk melayan setiap patah soalan. Semalam pula, boss aku tanya kalau-kalau aku boleh ambil kelas dia sepanjang minggu ini disebabkan dia nak cuti awal. Mula-mula aku cuba menolak dengan bahasa berlapik, tapi akhirnya aku mati kutu juga, ditelan mati bapa, diluak mati emak. Bukannya sebab aku takut tak dapat hadiah Christmas, tapi takut kalau-kalau dia hilang expectation terhadap aku. Yelahkan, aku try memberikan KPI kerja yang cemerlang di samping menonjolkan diri. Nanti silap-silap LKK juga yang bermasalah. Tak naiklah gaji macam tu walaupun kenaikan cuma seciput.

Itulah sifat manusia nie, banyak sangat ketidakpuasan hatinya. Merungut tak tentu hala. Sejuk tak boleh, panas pun tak boleh. Di manalah nak diletakkan rasa syukur itu. Dalam pada membenci autumn, ada juga yang aku suka dengan kehadiran autumn iaitu winterland Waterfront. Walaupun winterland di Swansea tak lah sebesar di tempat-tempat lain, tapi okaylah nak pergi berfoya-foya menghabiskan duit. At that day, memang hari yang sesuai bersuka ria sebab masing-masing tengah mencari alternative menurunkan kadar ketengangan minda. Dengan last minute plan, semua yang join adalah budak-budak tua yang selayaknya jadi role model pada adik-adik. Apapun krisis, semua tu patut dilupakan dengan matlamat enjoy sepuasnya sebelum datang masa tak boleh nak enjoy especially di akhir-akhir autumn nanti bila mana begitu banyak perkara kejam bakal berlaku.


Di pintu masuk utama winterland. Nadolig Abertawe boleh diterjemahkan sebagai Christmas Swansea. Biarlah dia orang kat sini nak sambut christmas ke apa, yang penting kita orang datang ke winterland untuk release tension dan enjoy sepuasnya. Budak-budak tua macam kita orang pun tetap ada perasaan nak bergembira.


Mazlan, Kak Dayang, Nuni dan aku. Yang tak ada dalam gambar adalah Farhan, Kasran dan Nana. Masing-masing happy sebab baru lepas beraksi di snow storm. Next games pula adalah Flying Chair yang mana aku memang seram nak naik. Takut betul-betul melayang.


Lama juga nak menunggu budak-budak nie start main ice skate. Kita orang masing-masing dah bosan menunggu dia orang, macam menunggu artis buat persembahan pula. Aku, Farhan dan Kak Dayang memang tak nak beraksi, sekadar jadi penonton. Bagi peluang pada Mazlan, Nana dan Nuni main buat pertama kalinya dalam hidup mereka.


Aku sebenarnya memang teringin nak main. Cuma tak ada geng yang expert. First thing yang ada difikiran adalah jangan jatuh. Kena jaga juga kaki kanan aku nie dari sebarang risiko sakit. Kalau dah sakit nanti, satu masalah lain pula yang muncul.


Pemandangan dari Giant Wheel yang bukan sahaja berpusing secara vertical tapi horizontal juga. Pening kepala dibuatnya tambah pula aku mula takut semacam bila ada bunyi-bunyi besi. Aku bukan takut gayat cuma time tu aku teringat balik movie 2012.

0 Comments:

Post a Comment