Waktu Yang Tertangguh

Kepada keluarga, sahabat dan penggunjung blog ini, hope it isn't too late to wish Salam Eid Mubarak. Alhamdulillah, seluruh umat Islam merayakan Aidil Adha pada hari Jumaat yang lepas. Di Swansea sambutan komuniti Melayu amatlah ala kadar. Walaupun begitu, umat Islam di Swansea telah mendapat hadiah besar apabila dibenarkan menggunakan Fulton House di Swansea University bagi menunaikan sembahyang raya. Sambutan daripada non-Muslim untuk sama-sama meraikan juga diluar jangkaan menunjukkan satu kerjasama yang erat insya'allah sudah dan akan terjalin. Semoga kita semua akan bergerak lebih berjaya di masa mendatang. Malah kerjasama seluruh warga Swansea bersatu menentang kempen facism yang cuba menganggu gugat keharmonian masyarakat di sini menampakkan satu petanda yang jelas iaitu kita semua mencintai keharmonian.

Gembira hati ini bila mana dapat bertandang ke blog ini semula. Ramai yang tertanya ke mana saya menghilang. Maaflah, blog ini bukan sengaja dibiarkan bersawang. Kesibukan dengan pelbagai tugasan menyebabkan saya mempunyai masa yang agak terkekang yang kebanyakkannya di habiskan dengan berehat. Semenjak menjadi anggota ICE dan ISE, saya menjadi kelam kabut menguruskan masa antara kerja-kerja harian saya di C2EC, tanggungjawap sebagai tutor dan demonstrator di Swansea University serta jadual seminar yang semakin menggila. Syukur rasanya sekarang ini kehidupan kembali normal setelah berjaya menyesuaikan diri dengan dunia baru. Kata orang alah bisa, tegal biasa. Walaupun kebanyakkan seminar yang saya hadiri tidaklah memberikan apa-apa kredit buat saya, dek kerana malas memberikan terlalu banyak alasan dolak-dalik kepada boss tercinta, maka saya relakan sahaja. Inilah salah satu kelemahan yang saya miliki iaitu menerima apa sahaja tanpa banyak soal.

Syukur Alhamdulillah, sepanjang tempoh yang begitu sibuk semenjak awal bulan puasa lalu, saya telah diberi peluang menjejakkan kaki ke bumi tercinta, Malaysia pada 26 Oktober 2009 sehingga 13 November 2009. Sayangnya, jadual yang ketat membelenggui saya sepanjang berada di Malaysia. Namun sempat juga saya melarikan diri dari semua kesibukan itu untuk keluar makan bersama beberapa sahabat rapat antaranya Chuan Yip dan Anas Tahir. Sebuah pertemuan yang sangat bermakna. Anas Tahir sekarang sudah bergelar engineer di salah sebuah firma international manakala Chuan Yip semakin selesa bergerak sebagai professional engineer. Kejayaan dua sahabat saya ini serta ramai lainnya menjadi inspirasi buat diri ini memajukan diri. Kejayaan buat saya masih jauh malah saya sebenarnya baru sahaja bermula mencari kejayaan itu.


Sembahyang raya di Fulton House. Lebih luas dan selesa buat pelajar dan komuniti Islam di Swansea. Harap tahun depan masih berpeluang sembahyang raya di sini.


Congratulatory remarks from Swansea's Lord Mayor, Syeikh Mohsein (Swansea University Mosg's Imam) and Swansea University's Vice-Chancellor.


Before eid's breakfast at mosg with Farhan, Azrie, Syaheen, Abang Muhaimin Sulam, Shaddad and Sajjad Khan. Everyone here are yearn after Anas Tahir, Azan and Bro Rahmact Irwanto. People come and go but we are here as brother.


Open house di rumah Eja dan James Taufik, malam raya pertama. Dapatlah merasa nasi tomato, nasi himpit dan kuih-muih.


Open house di rumah Abang Muhaimin Sulam dan Kak Wan, 2.00pm Sabtu. Menu istimewa, nasi lemak, laksa dan lai che kang.

3 Comments:

  1. Ethanilusac said...
    Harap tak terlambat to wish Selamat Hari Raya. Semoga lebih ceria selalu.
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Selamat hari raya juga. Bila nak datang beraya di sini?
    Daniel Edzhan said...
    Boleh tahan meriah nyer. Kita org pun tempoh hari ala kadar juga. So, apa plan for christmas?

Post a Comment