Rezeki Ramadhan

Ambil masa yang lama untuk saya mengupdate blog ini. Kesibukan ramadhan seperti yang diduga. Walaupun jadual kerja harian sepanjang bulan puasa ini hanya bermula seawal jam 11.00 pagi, namun adakalanya saya terpaksa datang lebih awal bagi menyelesaikan banyak tugasan. Tambahan sekarang ini saya terpaksa membantu Bro Mohammad membangunkan satu program geoteknik disamping menyelia Farzaneh Hafezi yang bakal menamatkan program masternya tidak lama lagi. Ini bermakna kerja harian saya bertambah 3 kali ganda. Namun begitu, dapat berkongsi pengalaman dan idea merupakan satu peluang terbaik membina rangkaian ilmu. Siapa tahu suatu hari nanti saya dapat bekerja sama dengan mereka ini. Kerja harian ini berlanjutan sehingga jam 8.30 malam kemudian saya ke mosg untuk iftar dan terawih. Saya pulang ke rumah selewatnya jam 12.00 tengahmalam, namun saya masih perlu menyediakan makanan untuk bersahur sebelum dapat merebahkan badan di atas katil. Hari yang sungguh memenatkan, akan tetapi tiada apa yang perlu dirungutkan.

Rezeki ramadhan datang dalam pelbagai bentuk. Berkesempatan untuk berbuka dan bertaraweeh di univ mosg sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Di sanalah saya berkesempatan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru. Mungkin ini yang dikatakan rezeki ramadhan. Lebih daripada itu, undangan berbuka puasa datang dari pelbagai pihak. Juadah iftar menjadi lebih istimewa dengan hidangan pelbagai kuih-muih dan masakan melayu. Sekali-sekala dapat merasa makanan yang sedap-sedap, cukup menyelerakan. Mungkin ini yang dikatakan rezeki ramadhan. Pertemuan sesama komuniti menjadi amalan untuk merapatkan ukhwah. Malah menghidupkan solat sunat taraweeh ala Malaysia yang diselang dengan witir dan selawat mengimbau kerinduan di bumi tercinta. Mungkin ini juga yang dikatakan rezeki ramadhan.

Antara jemputan berbuka puasa yang sempat saya penuhi:
1. Jumaat (28/08/2009), rumah Nana dan Kak Dayang di Pocketts Wharf Marina
2. Sabtu (29/08/2009), rumah Abang Padzli dan Kak Izian di Chesshyre Brynmill
3. Ahad (30/08/2009), rumah Abang Muhaimin dan Kak Wan di Alexandra Tr
4. Isnin (31/08/2009), rumah Abang Salehhudin dan Kak Zu di Waterloo Palace
5. Rabu (02/09/2009), rumah Abang Ramlee dan Kak Fitri di Rhyddings Brynmill
6. Khamis (03/09/2009), rumah Abang Nazri dan Kak Ita di Sketty
7. Jumaat (04/09/2009), rumah James Taufik dan Eja di Chatherine
Giliran rumah saya? Insya'allah kalau diberi masa dan kekuatan untuk memasak.


Juadah berbuka puasa di rumah Nana dan Kak Dayang. Masing-masing membawa potluck, Azan (rendang ayam), Nuni (roti John), Kak Dayang (ayam masak kunyit), Syadad (popia) dan saya hanya sempat menyediakan pancake cream.


Nana, Nuni, Syadad dan Anas Tahir waktu berbuka puasa di Marina. Alhamdulillah, program berbuka puasa bersama para bujangan ini diatur oleh Azan.


Menjamu selera sambil berbual. Masa-masa begini ada banyak yang hendak diceritakan. Maklumlah bukan senang dapat berkumpul seperti ini.


Waktunya untuk solat taraweeh yang diimamkan oleh Anas Tahir. Ramadhan tahun ini yang terakhir buat Anas Tahir di Swansea, bagi saya pula, tahun-tahun mendatang masih akan disambut di bumi Abertawe ini.


Sesi tazkirah barangkali. Masing-masing khusyuk menonton. Dari satu siri ke siri yang lainnya sehinggalah ke drama melayu Nur Kasih.

2 Comments:

  1. aZwa wiSTa said...
    mcm best je menu2 yg awk letak tu...huhu. eh, ari tu tgk ade gambar en. azizi (lecturer kita dulu) kat fotopages awk rasenye... dia kat sane jugak ke (sy sgt2 tak mengikuti perkembangan semasa.huhu)... camne nak contact dia ek???

    anyway, slmt menjalani ibadah puase. tahun ni balik kg kan??? :-)
    syaz said...
    hye eno..ya allah..tibe rs sayu bile tgk piccas awk kt entry kali nih..
    sayu sbb u all jauh dr malaysia, & x dpt bbuka bsama2 keluarga tercinta..

    tp dlm ms yg sm, ili sgt teruja utk merasai pngalaman spt tu..jauh dr yg tercinta..mengharungi badai hidup yg pebuh cabaran..bukan di tanah lahir sy.. :)

    btw, wish u best of luck!! cpt2 blk msia utk share ilmu eno dgn pelajar2 msia..

Post a Comment