Datang dan Pergi

Hari ini 14 Ogos 2009, hari jumaat yang dirasakan penuh bersemangat. Malah ia semakin membara di dalam jiwa seusai mendengar khutbah jumaat tentang kedatangan shahrul ramadhan beberapa hari lagi. Saya mengambil sedikit masa di petang jumaat ini, berfikir tentang perjalanan hidup saya dalam tempoh ramadhan lalu hingga ramadhan yang akan datang ini. Saya melihat beberapa matlamat hidup yang masih belum tercapai dek kerana faktor-faktor tertentu. Masih tertanya-tanya apakah yang saya harapkan di dalam hidup ini. Semuanya palsu belaka. Tidak ada yang tersisa dalam hidup ini melainkan amalan yang baik sahaja. Mungkin hari jumaat yang penuh bersemangat lagi barakah ini patut dijadikan titik tolak bagi hari esok yang lebih cemerlang, amiin.

Meeting bersama Prof Owen dan Prof Feng pagi tadi dipenuhi dengan pelbagai perkara ceria. Yang menjadikan hari saya bertambah ceria adalah berita gembira yang disampaikan oleh Prof Feng tentang cuti akhir tahun saya. "Zeno, you can back to your home country this October", Prof Feng menghulurkan kepada saya surat jemputan ke sebuah seminar di Singapore. "My home country" akal saya tidak jelas dengan istilah itu. Cuma beberapa seketika selepas itu saya sudah boleh tersenyum sehingga ke telinga. Namun syarat yang membolehkan saya balik ke Malaysia Oktober ini agak berat untuk saya laksanakan. Menghadiri seminar di Singapore bukan masalahnya, tapi untuk menyediakan kertas pembentangannya yang menjadi beban kepada saya. Rasanya seperti tiada kesanggupan malah keinginan untuk pulang sempena ramadhan ini telah lama saya kuburkan. Masih memikirkan untuk membazirkan RM2500 semata-mata pulang ke tanahair. Itu belum termasuk barang-barang yang dikirim secara air liur. Berbaloikah rasanya? Perbincangan saya pagi tadi turut menyentuh tentang pertukaran jadual kerja saya di sepanjang bulan ramadhan ini. Nampaknya saya akan bertapa sehingga pukul 8.30 malam di office menunggu waktu berbuka. Tidak sabar untuk iftar bersama warga Swansea di mosg ramadhan ini.


Mungkin hari yang paling bersemangat buat saya menyelesaikan semua tugasan. Seminar di Singapore masih dalam pertimbangan. Yang penting sekarang ini adalah menyelesaikan tugasan sedia ada. Masa yang teramat berharga.

Kecerian saya hari ini mungkin akan menjadi lebih berseri-seri dengan hingar-binggar C2EC. Sunyi suasana di office membuatkan saya teringatkan memori Brangwyn Hall. Namun saya terpaksa menerima hakikat kehilangan rakan-rakan seperjuangan yang selama ini turut sama meranjau susah senang di Swansea. Geneish, Shankar, Saifur dan Juguilon Aquino masing-masing telah membuat keputusan untuk kembali ke negara masing-masing, menabur bakti buat tanahair tercinta. Wajah suram C2EC memang kelihatan jelas tanpa kelibat mereka. Alhamdulilah saya masih ada Kak Izian, Hean, Shoun dan Zheng yang menjadi teman lepak.


C2EC yang semakin hari semakin sunyi. Insya'allah akan menerima tetamu baru September ini. Di sinilah sebuah pertemuan dan perpisahan berlaku. Lebih bermakna perpisahan itu diiringi dengan sebuah kejayaan. Namun ada juga yang kecundang.

Kedatangan bulan puasa tahun ini disebalik datang dan pergi mereka-mereka yang saya kenal di Swansea lebih menggamit beberapa kenangan lalu. Ada yang masih saya ingat dan ada yang sudah pudar dalam ingatan. Ramadhan di Swansea saat-saat yang saya tunggukan. Waktu iftar mungkin sahaja yang paling penting, juadah kurma susu yang hanya dapat dirasai sewaktu bulan puasa mula saya bayangi kelazatannya. Lebih dari itu ikatan ukhwah yang dibina sepanjang bulan puasa. Rezeki menjadi sangat murah dengan jemputan berbuka oleh beberapa keluarga di hujung minggu. Boleh kata, dapur rumah saya tidak akan berasap melainkan untuk bersahur sahaja. Mungkin terlalu awal untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Namun kesibukan saya pastinya akan menghambat peluang ini. Semoga ramadhan tahun ini akan kita rebut dengan sebaik-baiknya. Semoga ramadhan kali ini akan menjadi bulan tarbiah untuk mendidik kita menjadi insan yang lebih cemerlang.


Iftar pertama saya di Swansea. Suasana kekeluarga amat terasa waktu ini walaupun jauh daripada keluarga tercinta. Berapa sahabat saya seperti Bro Radzi dan Bro Jamal sudah pun meninggalkan bumi Abertawe. Kepada mereka, selamat berpuasa di tanah air dan selamat berpasar ramadhan.


Gambar salam ramadhan beberapa tahun yang lalu. Waktu zaman muda yang sudah luput, dari kiri Anas Tahir, Eridzhuan, Jamal Mohamad, Aizuddin.


Ramadhan tahun 2008 yang secara totalnya telah pun berlalu. Walau apapun juadah berbuka, seringkas mana pun, ia masih menjadi rezeki yang sangat disyukuri. Paling penting suasana berbuka sesama perantau sangat terwujud dengan pelbagai hambatan.

P/s: Kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita berdoa semoga Allah s.w.t menyembuhkan penyakit ayahanda kepada Farhan yang sedang dirawat kerana sakit kanser darah (leukemia). Farhan kini berada di Malaysia menjalankan tanggungjawap beliau sebagai seorang anak. Saya pecaya musibah ini sebahagian daripada dugaan untuk menguji kekuatan iman kita.

5 Comments:

  1. aZwa wiSTa said...
    Selamat menjalani ibadah puasa di perantauan... Semoga selamat pulang ke Malaysia Oktober ini..:-)
    Daniel Edzhan said...
    Salam ramadhan bro, tinggal beberapa hari jer lagi nie. Mcm mana keadaan. Insya'allah, puasa tak terasa panjang dengan kesibukan kerja di Swansea. Juga selamat bercuti ke Malaysia nanti. Nak kirim barang boleh?
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,
    Mwista and Daniel - Selamat menyambut ibadah puasa.

    Mwista - sure kat Malaysia meriah kan dengan bazaar ramadhan. I really miss a lot that atmosphere.

    Edzhan - kalau senang2 dtg lah kerumah aku berbuka puasa. Nak kirim bawa balik Malaysia ke? no hal nyer, lunggage aku pun ringan. Tapi kalau nak bawa dr Malaysia ke sini, kena tengok kekosongan lah.
    Atiey MN said...
    selamat berpuasa...salam ramadhan
    Atiey MN said...
    selamat berpuasa...salam ramadhan

Post a Comment