Seminggu Berkelana

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya merehatkan badan dan minda setelah seminggu berkelana ilmu merentasi bumi Cymru ke tanah Anglo-Saxon, Mamucium dan Yorkshire. Dari Swansea ke Manchester menyertai 'Finite Element and Computer Modelling Development Course' untuk pelajar-pelajar master kejuruteraan awam di sana. Saya bertindak sebagai tutor untuk membimbing mereka membangunkan program menggunakan Elfen. Agak memeranjatkan begitu ramai pelajar Malaysia di sana yang mengambil bidang berkenaan. Sekembalinya dari Manchester, saya ke Lampeter bersama Anas Tahir menghadiri aktiviti kekeluargaan. Kali terakhir saya ke Lampeter semasa majlis ibadah korban tahun 2007, selepas itu saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Keesokkan harinya, belum pun panas punggung duduk di rumah, saya bertolak dari Swansea ke Oxford menghadiri seminar antarabangsa Finite Element. Saya membentangkan penyelidikan terbaru mengenai gabungan FEM, DEM dan SPH dalam memodelkan kesan letupan bom nuklear pada struktur bawah tanah. Perjalanan yang panjang sebelumnya menyebabkan saya tidak dapat menyampaikan pembentangan dengan baik. Begitu banyak kekeliruan yang bermain di dalam fikiran yang menyebabkan saya menolak beberapa soalan daripada audience. Belum sempat melepaskan lelah, saya ke Leeds pula seteruskan ke York serta singgah di Manchester sebelum kembali ke Swansea. Namun sekembalinya ke sini, banyak kerja yang masih perlu diselesaikan. Beginilah yang saya lalui tatkala musim panas bakal digantikan dengan musim gugur tidak lama lagi. Rutin yang saya lalui sejak setahun yang lalu walaupun begitu memenatkan namun saya puas dapat berkongsi pengalaman dengan rakan baru.


Perlawanan tiga penjuru, Anas Tahir, Ustaz Halim dan Ustaz Tarmizi (kalau tak salah) di Mellinium Hall, Lampeter. Belum pun permainan berakhir, Anas Tahir dah angkat tangan tanda mengalah. Ustaz Asri menjadi pemerhati perlawanan.


Saya tetap suka bergambar dengan bangunan jenis Anglo-Saxon walaupun bangunan semacam ini boleh dijumpai merata-rata di England. Di Oxford mungkin berbeza kerana sejarah Dominicans, Franciscans, Augustinians dan Trinitarians bermula di sini atas arahan cucu King John semasa pembinaan Rewley Abbey.


Satu tempat yang menjadi landmark di Manchester adalah CIS Tower tapi yang paling terkenal dikalangan orang kita adalah Cheshire Oaks tempat menghabis duit dengan barangan berjenama. University of Manchester boleh saya katakan sebuah universiti yang ternama namun suatu masa dulu saya pernah menolak untuk melanjutkan pengajian di sana.


Tak sangka pun pada hari sabtu di mana saya melawat York adalah Yorkshire Day. Yorkshire merangkumi utara England seperti Leeds dan York. Nama asal York adalah Eboracum semasa orang Roman menapak di sini.


Bandar York yang sangat saya sukai dengan bangunan merah bata serta bangunan lama yang masih terpelihara. Bangunan lama seperti Minster Building, Clifford Tower dan River Ouse-Foss mengingatkan saya tentang sejarah Tudor dan Prince Rupert.


Malam di hadapan Parkinson Building, juga dikenali sebagai Leeds Town Hall yang terletak bersebelahan campus University of Leeds. Sempat menghabis masa seketika menyaksikan malam di bumi Yorkshire yang mendapat julukan sebagai Knightsbridge of the North.

7 Comments:

  1. CikguZue said...
    selamat kembali.
    sampai juga ke lampeter! haha. ok, yg kat sebelah Anas tu abang Azman.sementara cikgu zue, takde dlm gambar sebab sedang rancak menyembang dan menyantap...hehe
    aZwa wiSTa said...
    Rase seronok setiap kali baca blog awak ni... Sebab saya tak dapat nak bayangkan bagaimana hidup di negara orang... Tahniah. Rasa bangga mendengar kejayaan seorang teman... :-)
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam...

    CikguZue - Tu lah lama dah x ke Lampeter, mmg susah lah nak kesana kalau x ada apa2 event. Last time masa raya puasa dan raya haji pun x dpt dtg sebab sibuk. Mudahan adalah aktiviti sebegini lagi nanti.

    Wista - Hidup kat UK nie x adalah susah sgt cuma kena pandai bawa diri. Tapi percayalah Malaysia masih yang terbaik, bak kata orang hujan emas di negara org, saya nak kutip emas tu bawa gi balik Malaysia.
    syaz said...
    :) besh la baca blog awk eno..
    kalo lah sy dpt bjalan-jalan mcm awk..sy suke nk bgmbr dgn pelbagai tmpt yg menarik kt sn..

    em..skrg tgh usaha memahirkan diri sbg hydraulic modeller..
    senior kanan pun da nk cuti bsalin..sy da mula gerun nih..takut je xdpt perform..huhu

    berazam nk wat pe..tp lum ada idea nk wat paperwork tntg ape..idea?
    Atiey MN said...
    suka sgt bile dpt tgok gmbar2 kat blog ni...cantik2...w/pun x leh nk pegi,bace cerita kat cni pun cam dah puas hati...
    Azmerr said...
    Salam bro,

    I'm attended your seminar at Oxford. Kagum dengan your research. Harap you will back to Malaysia bcz your knowledge is so important. Sure you tired hari itu, banyak sangat yang you kena attend and questions come bertalu-talu. Congrat, you are Malaysian. Good Luck
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Syaz - hahaha, saya pun suka tempat yang cantik2 mcm tu, alhamdulillah berpeluang lihat negara orang mcm Nabi perintahkan untuk timba ilmu sampai ke negara china. Insya'allah, usaha kita akan selalu beriringan dengan kejayaan. Selalu jadi positive.

    Attey - Insya'allah nanti ada peluang. Walaupun bukan kat UK nie, bumi Allah nie luas untuk dinikmati.

    Azmerr - Thx berkunjung ke blog saya nie. Btw, saya x sempat nak joint buffe after seminar hari tu sebab tergesa2 nak bertolak ke Leeds pulak. Rasa rugi juga, kalau x sure dpt berkenalan dengan u all yg dtg hari tu.Salam ukhwah dr saya.

Post a Comment