Father's Day

Ahad tadi saya dan beberapa sahabat lain meluangkan masa meraikan majlis hari bapa di Tenby khas untuk individu yang bergelar bapa, abah, ayah atau abi. Majlis ini disambut oleh keluarga pegawai Petronas. Perjalanan dari Swansea ke Tenby menggunakan Arriva tak terasa jauh dengan pemandangan muara laut, summer camp dan smoke houses. Dari Swansea ke Tenby mengambil masa sejam 30 minit melalui Tre-Gwyr, Pen-bre, Porth Tywyn, Cydweli, Glanyfferi, Caerfyrddin dan Witland. Sambutan telah diadakan di rumah Bro Jecky dan Kak Regina di Queen Victoria Villa. Sempena hari bapa ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan bapa, abah, ayah dan abi membesarkan anak-anak dengan sabar dan dedikasi.


Selamat hari bapa untuk Bro Mus, Bro Mohd, Bro Jecky and Bro Fahrul. Special pandan kek bertemakan Petronas, cuma tak ada logo jer. Rasanya memang umphhh.....maklumlah the ingredients imports from Malaysia.


Acara bbq di luar villa Bro Jecky. Nampaknya para bapa yang dirai terpaksa menjalankan tugas bakar membakar. Jangan hati terbakar sudahlah.


Hadiah paling bermakna sempena hari bapa buat Bro Fahrul dengan kehadiran baby boy, Firaz. Memang bapa mithali sungguh sebab sepanjang majlis, Bro Fahrul tak berlekang langsung dengan baby boy dia nie. Btw, selamat hari jadi juga buat Kak Sita. Next year bolehlah sambut harijadi dengan Firaz together.


The father candidate.....soon. Doakan cepat-cepat bertemu rezekinya.


Inilah villa Bro Jecky and Kak Regina, sewanya mak oiii mahal. Tak mampu den nak duduk rumah macam nie. Dalam mimpi jer lah.


Para ibu dan dara, dari kiri, isteri Bro Mus, Kak Regina, Cik Suzana, Cik Kak Dayang, Kak Zarina, Ibu Kak Sita, Cik Hanuni dan Kak Sita.

5 Comments:

  1. Daniel Edzhan said...
    Lorr....pergi Tenby x ajak pun. Happy father's day...hehehe, bila agaknya akan bergelar ayah tu.
    Ethanilusac said...
    Eridz, aku doakan ko cepat2 mendapat rezeki tu. Fatherhood is not a burden, it is award and one of our duty. Ko pun kenalah kerja keras nyer to be a father soon. Hehehe
    asuhara sue said...
    "The father candidate.....soon. Doakan cepat-cepat bertemu rezekinya."

    Aminnnn.
    Anonymous said...
    bila pula giliran eridz nak dapat title bapa e? hehe.. suatu masa nnt la kan.. amein.. :)
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Daniel, Ethan, Asuhara dan Rhea - Insya'allah doakan saya bertemu jodoh dengan wanita yang solihah yang akan melahirkan zuriat yang soleh buat saya.

Post a Comment