Berita Kecewa

Saya kembali sibuk dengan tugas-tugas biasa selepas seminggu bercuti. Seperti selalu, bermain dengan code dan subcode programming serta simulasi finite element. Kadang-kadang membuatkan saya bosan. Tambah membosankan melihat komputer tua saya ini terangkak-rangkak semasa proses simulasi dijalankan, tidak secekap dulu, saya masih menunggu komputer baru yang dijanjikan. Sebagai sebahagian daripada tanggungjawap, terpaksalah saya teruskan walau dengan apa jua keadaan. Semalam, saya sempat menghadiri seminar "Discrete Element Method (DEM) and Smooth Particle Hydrodynamic (SPH)" yang telah disampaikan oleh Mr. Paul Cleany dari CSIRO Mathematical and Information Science of Melbourne, Australia. Begitu mengujakan dengan persembahan slide power point dan animasi berkenaan penyelidikan SPH dan DEM. Teruja kerana apa yang dihasilkan seolah-olah 100% benar dengan keadaan realiti walaupun hanya dilakukan secara simulasi. Benar-benar futuristik dan saya menjangkakan bidang kajian ini akan berkembang dengan sangat meluas memandangkan aplikasinya yang begitu efektif untuk kegunaan industri.

Sebenarnya hari ini saya baru menerima berita kecewa. Saya suka menggunakan istilah berita kecewa daripada berita sedih. Kecewanya memang tidak dapat dikatakan olah-olah dunia telah berada di penghujung. Mujurlah saya sempat kambali ke realiti dan berfikir dengan waras. Selepas sesi perbincangan dengan Prof Owen dan Prof Feng, saya dimaklumkan bahawa cuti yang saya pohon tidak dapat diluluskan. Saya sangkakan tuah menyebelahi, memandangkan semenjak dua menjak ini banyak perkara baik yang berlaku. Sepanjang saya bercuti minggu lepas sahaja banyak benda yang telah dibereskan. Hal persidangan Nafems, rumah sewa baru dan beberapa perkara lain berjaya diselesaikan. Tak menjangka pula saya kurang bernasib baik hari ini. Mungkin sebab itulah sepanjang jalan dari Uplands ke Singleton Park, perasaan saya asyik berdebar-debar, seolah-oleh ada sesuatu kurang baik bakal berlaku. Ternyata saya menerima khabar kecewa.

Sejak awal februari lagi saya telah membuat permohonan untuk pulang bercuti sebulan di Malaysia bagi menunaikan ibadah puasa dan menyambut lebaran bersama keluarga. Saya rasa peluang saya besar memandangkan mendapat lampu hijau daripada Prof Feng. Sepanjang tempoh itu, banyak kali saya cuba merisik tentang cuti yang telah dipohon namun kelihatan seperti Prof Owen keberatan meluluskannya. Saya akui bulan ogos sehingga november bukanlah masa yang sesuai tambahan pula beberapa perancangan telah pun diatur. Memandangkan bulan puasa akan jatuh pada akhir musim panas, tempoh puasa akan menjadi lebih panjang, jadinya saya berfikir untuk menghabiskan masa berpuasa di kampung halaman. Saya ikhlas hati untuk tidak menjadikan tempoh puasa yang panjang tahun ini sebagai asalan. Saya juga perasan yang sambutan raya tahun ini mungkin agak suram memandangkan ramai warga Swansea dan Lampeter masing-masing akan pulang ke Malaysia. Malah seorang sahabat yang baru mendaftar sebagai pelajar di SU telah pun membuat tempahan tiket pulang. Apakan daya, semua ini mungkin takdir. Buat sekian kalinya saya akan menyambut puasa dan hari raya diperantauan. Lambat lagi raya, kenapalah hari ini terfikir bab-bab raya.

5 Comments:

  1. Daniel Edzhan said...
    Kecewa betul saya aku. Ingat tahun nie boleh dpt duit raya dari ko. Hehehehe....apa pun ceria2 selalu. Insya'allah, akan diberikan rezeki next time.
    Anonymous said...
    Sabarlah, sahabat.. mesti ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui.. apa pun, biar jauh di mata, tetapi meraka tetap di hati, kan? kita akan sentiasa hampir dengan insan2 tersayang apabila rasa kasih berbunga dalam hati.. insyaAllah, nanti2 Allah akan perkenankan jua hajatmu untuk menikmati masakan bonda tersayang.. amein.. :)
    syaz said...
    sabar la enor..
    ada hikmah disebaliknya yg kite belum nmpk..maybe perjalanan blk berlaku sesuatu yg tidak dijangkakan..waallahua'lam..

    terimalah dgn redha..smg thn ni dpt menjalani puasa dgn lbh baik dr thn yg lalu..

    p/s: sy skrg keje di SAJ HQ di larkin,jb as hydraulic modeller..
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Daniel - Hehehe, tu lah hikmahnya perhaps, jimat duit aku nak kasi korang anak beranak.....hehehe.

    Rhea - Insya'allah, the day will come.

    Syaz - Yup, doakan semuanya berjalan dengan baik. Tahniah Syaz, selamat berkerja di SAJ, selamat menimba pengalaman. Nanti bolehlah kita collobrate buat research in modelling aspect.
    syaz said...
    thx enor..
    insyaAllah, sy pun dlm prancangan nk wat PE..cume lum tau nk wat research base on ape.. :)
    if any idea & guide, be pleasure to share with me.. :D

Post a Comment