Sebuah Penghormatan

Saya berdiri di barisan kelima sewaktu teks ucapan penghargaan kepada mendiang Professor Olgierd Olek Cecil Zienkiewicz dibacakan oleh Prof Mcross. Di hadapan saya kelihatan Prof Feng manakala di barisan ketiga pula kelihatan Prof Owen. Semua yang berada di hadapan dan sebahagian yang sebaris dengan saya adalah individu-individu yang memiliki ijazah kedoktoran di dalam bidang finite element. Kelihatan juga Prof Lewis duduk di atas kerusi roda di barisan paling hadapan selayaknya sebagai murid yang belajar secara langsung daripada Prof Zienkiewicz. Kedudukan kami disusun mewakili generasi. Saya dan beratus-ratus lagi yang hadir adalah merupakan generasi Zienkiewicz yang setia untuk meneruskan usaha mengembangkan ilmu pengetahuan yang telah dibangunkan oleh beliau sejak 46 tahun yang lalu. Saya merasa sangat berbangga memberikan penghormatan kepada beliau sebagai sebahagian daripada alumni Zienkiewicz dan bertuah kerana menceburi bidang penyelidikan ini sewaktu mendiang masih hidup. Kehilangan permata berharga ini merupakan kehilangan yang besar dalam dunia kejuruteraan, penyelidikan dan pendidikan.

Professor Olgierd Olek Cecil Zienkiewicz meninggal dunia pada 2 Januari 2009 akibat penyakit kanser. Beliau adalah merupakan "originator and father of the finite elements" yang merupakan sebahagian daripada teori penting dalam bidang kejuruteraan yang kini turut diaplikasikan dalam bidang perubatan moden. Dilahirkan pada 18 May 1921 di Caterham, beliau memulakan karier di University Of Wales sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan merupakan individu yang merintis kepada penubuhan pengajian Finite Element and Computer Modelling. Setiap tahun seramai kurang 15 orang pelajar sarjana dari seluruh dunia dipilih menyertai program ini dan sehingga kini hanya 7 orang rakyat Malaysia berjaya terpilih. Beliau juga merupakan pengasas kepada International Journal for Numerical Methods in Engineering. Center of Civil and Computational Engineering, C2EC, di Swansea telah berdiri megah sebagai pusat penyelidikan termasyhur atas usaha gigih beliau. Peranan besar beliau memang tidak dapat dinafikan.

Saya secara peribadi mengenali Prof Zienkiewicz secara dekat sejak tahun 2007 sebagai pelajar di bawah seliaan Prof Feng. Sebelumnya, saya sama sekali tidak mengetahui sejarah dan penciptaan teori finite element. Jasa Prof Zienkiewicz bukan sahaja mengembangkan ilmu finite element tetapi juga membangunkan perisian kejuruteraan yang banyak digunakan oleh para jurutera dewasa ini antara lainya Lusas, Ansys, Abaqus, Elfen dan lain-lain. Walaupun sudah berusia lanjut, beliau tetap gigih memainkan peranan di dalam bidang penyelidikan. Beliau akan sentiasa diingati bukan sahaja kerana sumbangan besar dalam dunia penyelidikan dan pendidikan malah akan dikenang sebagai individu yang mesra, peramah dan baik budi. Insya'allah akan tiba masanya untuk saya meneruskan usaha penyelidikan finite element di Malaysia sebagai kesinambungan generasi Zienkiewicz. Saya berbesar hati memberikan penghormatan yang tidak seberapa ini dan sangat berbangga menjadi alumni Zienkiewicz.

8 Comments:

  1. what7deen said...
    if sy org yg pnh mengenali Professor Olgierd Olek Cecil Zienkiewicz ..sy juga akan bangga sbb pnh ,mengenali org yg da berjasa dlm bdg yg En eridz ceburi nih..mgkin sy xlah tahu sgt dlm bidang ni..tapi sy x phm istilah 'finite element'..
    arsaili said...
    salam...thats d spirit...ehehe
    Wanpetunjuk said...
    Salam...sy terasa bangga juga dengan anda bila membaca tulisan ini.

    Tahniah...bukan semua org dapat merasai pengalaman begini!
    moon said...
    dasyatnye entri ini. menakutkan. hehe
    CikguZue said...
    salam,
    nak sebut nama prof pun terbelit lidah, tentu susah jugak ilmu dan bidang yg beliau dalami.
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Zieana - sukar nak terangkan apa itu finite element. tapi kalau nak tahu boleh baca wiki. mungkin dpt membantu.

    Arsaili - yupp.....org2 disekeliling kita selalu jadi sumber inspirasi.

    Wan Hidayat - saya harap tulisan nie bukan lah untuk membanggakan diri saya. Cuma saya bertuah dan berbesar hati menjadi sebahagian dr individu yg mengenali insan ternama itu.

    Moon - x ada yg menakutkan lah. Entry biasa sahaja buat penghargai seorg guru.

    Cikguzue - nama professor nie disebut zuu-wing-kiss, lebih kurang mcm tu lah. Thx to him kerana mencipta ilmu nie, sebabkan itu jugalah dah memberikan banyak manfaat kepada manusia sejagat, but unlucky, he never get guidance from Allah s.w.t. Kalau tidak, tentu jasanya begitu bermakna pada kita semua.
    KAMATO said...
    Pertengahan 90an saya di universiti of wales, sayang saya tak dapat mengenali rapat prff ini
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Kamato - Banyak juga orang yg x kenal Prof Zienkiewicz termasuklah saya. Saya pun cuma mengetahui ttg beliau setelah terlibat secara langsung dalam dunia finite element. Di Swansea University sendiri pun, selain pelajar2 engineering, may be ramai yg x mengenali beliau dan x tahu apakah sumbangan beliau terhadap perkembangan ilmu pengetahun

Post a Comment