Menunggu Malam

Jam loceng lloyds berwarna oren biru di atas meja menunjukkan jam 8.15 malam. Suasana di office sunyi sepi, yang tinggal hanyalah beberapa fellow researchers, masing-masing sibuk menghadap komputer. Mereka juga seperti saya, sibuk menyiapkan journal untuk persidangan Nafems di Barcelona University hujung julai ini. Sunyi sebegini ada kalanya memberikan saya ilham menulis sebaris dua code elfen. Suasana di luar masih terang bendera dengan angin bertiup kenyang menerbangkan daun-daun kering. Mujurlah saya mempunyai baju tebal yang ditinggalkan di office untuk kegunaan waktu-waktu sebegini. Saya menunggu waktu solat yang akan masuk kira-kira sejam lagi dan kemudian mahu pulang terus ke rumah, berehat. Mujurlah waktu sembahyang maghrib dan isyak sudah boleh disekalikan, kalau tidak, payah juga menunggu isyak. Boleh terlena dulu dibuatnya.

Hari ini selepas membuat perbincangan dengan Prof. Feng, saya menetapkan beberapa halatuju baru. Nampaknya plan kerja asal perlu dikaji semula. Inilah yang perlu dilakukan agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Hari ini, seolah-oleh semangat baru muncul dalam diri. Berkobar-kobar mahu menyiapkan apa yang terkandas sebelumnya. Saya masuk ke Lab 39 yang terletak di belakang office dengan wajah yang dihiasi senyuman splastik. Sekurang-kurangnya saya cuba ikhlas tersenyum di hadapan rakan-rakan yang lain. Hari ini masanya membuang segala rasa kegagalan dan memulakan satu langkah yang baru. Saya melihat rakan-rakan yang lain juga begitu, positif dan masih bersemangat.

Selepas seminggu menilai di mana kesilapan yang membawa kepada kegagalan saya tersenarai dalam Royal Academy Engineering, saya mengambil kata semangat dari blog Brother Fendi iaitu 'bukan gagal, tetapi belum berjaya'. Yup, saya sebenarnya tidak gagal, cuma belum diberikan rezeki untuk mencapai kedudukan yang saya impikan. Saya perlu memberikan masa untuk diri saya menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman. Selama seminggu semangat saya luntur, saya mencari jalan untuk merawatnya. Hari jumaat lepas, saya menghabiskan masa di office hanya 3 jam sahaja, dan selepas solat jumaat, saya ke Quadrant, berbelanja sakan di Burton, Next dan River Island. Malamnya melayan siri-siri drama Viikii sambil menguyah phileas fogg perisa terbaru sea salt and indonesian black paper. Inilah terapi pertama yang perlu dilakukan iaitu melupakan rasa haru biru. Sabtunya selepas oversleep, saya melepak bersama Abir, Farhan, Azan dan Farhana di BFC. Dari sana ke Vue menonton filem Star Trek terbaru. Satu-satunya scene yang mengujakan saya bilamana USS Kelvin yang dipandu oleh ayah Kirk menghempas Nero's starship, impact is always my interest. Saya jarang menghadiahkan masa sebegini untuk diri sendiri dan kini saya perlu lakukan. Sisa-sisa hujung minggu dihabiskan di Cardiff, jalan-jalan disebalik selang seli hujan dan panas. Saya juga perlukan waktu untuk melihat dunia luar biarpun sehari. Semua yang saya lakukan adalah untuk hari ini dan esok. Hari semalam adalah untuk hari ini dan esok. Justeru, hari ini sepatutnya menjadi lebih baik dari semalam dan esok bakal menjadi lebih baik dari hari ini.

7 Comments:

  1. kuehchawan said...
    erid,
    'zettai akira menai yoh!, gambatte'
    (don't ever give-up n good luck!)

    -gambarimasho! ( let's do our best!)
    Ethanilusac said...
    Apa pun yang bakal dilakukan, selamat berjaya.
    WildFlower said...
    tq 4 the wish...yes i have a very sweet moment at SKTG. walaupun 3 bulan saja di situ. nice people n nice place. semoga berjaya dalam apa jua yang dilakukan. salam perkenalan.
    zieana said...
    wah..saya baru jek bkk blog ni..en eridzhuan ni kuat semangat kan..ddk jauh2 dr tanah air tp still ngn imej KITER..mesti mencabar hidup di rantau org kan..teh yang belajar kt Malaysia ni pun,kdg2 mcm nk patah semangat jek biler nk exam..huhu..en eridzhuan ni pn minat tgk wayang ek..sama la cm sy ni..Star Trek ari tu mmg best 5 minit stat Teh da nangis..huhu..masa kapal 2 meletup..cian dia..huhu..
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Kuehchawan - Thx so much....

    Ethan - Yup, sama-sama menuju ke puncak kejayaan.

    Chekgu Rose - Salam perkenalan too. Yup, saya pun masih teringat suasana SKTG masa zaman saya dan kekawan.

    Ziena - Kehidupan memang begitu diciptakan. Seandainya segalanya mudah dalam hidup ini, itu bukannya dinamakan kehidupan di dunia tapi di syurga.
    yusma said...
    what ever it is..i wish u all the best but nothing less.. sgt kagum dgn semangat sedara. wish i have that kind of spirit too. gambaru..!
    Nurul Kaem Ahmad said...
    Salam,

    Teringat nasihat yang telah diberikan oleh Dr. Faisal Rafiq, seorang pensyarah di UM.. katanya .. jangan mudah mengalah, we are still a work in progress, we are not perfect and we never will..but at least we can try to be one.

    Teruskan usaha! rasanya kita cukup kuat untuk hadapi apa sahaja dan mencapai apa yang kita impikan, dengan izinNya of course :)

Post a Comment