Cuti easter aku minggu lepas tidaklah semeriah kawan-kawan yang lain. Asalnya tak ada apa-apa aktiviti pun. Hanya ingin menghabiskan masa dari jumaat hingga isnin dengan memerap di dalam rumah, berehat dan tidur sepuasnya sambil-sambil tu boleh juga marathon 30 episod 'Dari Mata Arisa'.
Hajat untuk bersenang-senang di hari sabtu terbantut gara-gara Eja dan James mengajak ke Three Cliffs untuk bbq sambil menghirup udara segar pantai. Terus bersiap-siap dan masak nasi putih sebab kali nie nak buat mollusk dan salmon bbq.
N/K: Hari nie aku blur dan bengong selepas tak tidur dua hari menyiapkan research grant proposal berjumlah 30million pounds. Tot again , I hv missing one day in my life.

Dengan panas teriknya, memang sesuailah bersantai atau bersalai ditepi pantai dan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Ramai juga family yang berkelah sampai port menarik semuanya dah berpenghuni. Three Cliffs nie mengunjur dari Pobbles Bay ke Tor Bay sampailah ke Oxwich. Luasnya boleh memuatkan 5 buah Liberty Stadium atau boleh buat semua acara sukan olimpik serentak.
Lepas letak barang di Tor Bay, operasi mencari mussel dan clam pun dimulakan. James mula-mula agak ragu kebolehmakanan mussel nie. Mussel kat sini nampaknya lebih besar berbanding di Rosshili. Mungkin sebab hidup tertakung kat kolam-kolam batu. Banyak juga mussel yang berjaya dikumpul.
Nasi kosong dengan ikan pari dan salmon bakar cecah air asam.....perghhh, tak tahu nak cakaplah rasanya. Tambah pulak dapat makan mussel bakar yang segar. Lazat tak terkata tambah pulak fikiran jauh melayang masa tengah makan.
Lewat pukul 5.00 petang kat Three Cliffs, tak sedar yang kita orang dah terperangkap di Tor Bay selepas air pasang menghalang laluan ke Pobbles Bay. Alternatifnya, terpaksalah mendaki tebing bukit. Penat mendaki memang berbaloi sebab dapat menikmati pemandangan keseluruhan Three Cliffs yang outstanding.
N/K: Hari nie aku blur dan bengong selepas tak tidur dua hari menyiapkan research grant proposal berjumlah 30million pounds. Tot again , I hv missing one day in my life.
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Arsaili - Semuanyer tak dirancang. Kalau tidak, sure my easter for something boring ngak.
Ethan - Hahaha, apa pulak dalam mimpi. RTM punya website lah. Maju dah RTM nie...hehehe. Drama siri ini adaptasi dari novel sebenarnya. Tu yang certain dialog cam baku giler...but best, filem kita, rupa kita.