Coventry, Birmingham & Warwick

Alhamdulillah rasa lega sikit bilamana kerja-kerja yang tertimbun sudah berjaya diselesaikan satu persatu. Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya aku saksikan Kak Izian bekerja sampai ke malam. Rekod nie Kak Izian.....well done. This week banyak masa dihabiskan di FE Lab untuk monitoring simulation works. Preparation for next week research meeting dah pun disediakan, progress report, proceeding paper (satu nie dah selesai tapi ada satu lagi yang masih terhutang) dan juga modelling result. Leganya terasa sampai boleh menarik nafas panjang. Tapi esok aku still ke office untuk buat kerja-kerja editing disamping nak touch-up mana-mana part of report bagi nampak kemas.

Nie pulak nak citer pasal dua minggu lepas waktu aku ke Coventry melawat Kamal. Banyak kali dah Kamal bertandang ke Swansea tapi aku belum juga sampai ke tempat dia. Memandangkan aku ada urusan penting di Birmingham, jadinya aku ambik keputusan bermalam di rumah Kamal. Hari Jumaat 3hb, aku kerja separuh hari dan kemudiannya terus bertolak ke Coventry dari office. Sampai di Coventry sekitar pukul 4.50 petang, terus Kamal bawa aku makan di Chicken Cottage. Gilerr.....rindu betul aku kat chicken grilled. Lepas mengisi perut, apa lagi, pusing-pusing Coventry University yang terletak betul-betul kat tengah town. Bersih dan kemas dengan simple architecture.

Sebenarnya aku tak ada mood nak bergambar dan ambik gambar. Tapi Kamal jer yang kata as kenangan kat Coventry nie.....mana tau nanti tak ada rezeki nak sampai sini lagi. Dari office tadi lagi aku macam tak nak bawa E510 aku nie, rasanya dah memadai bawa FE300. Tapi bila fikir dah alang-alang, aku pun bawa dua-dua sekali. Macam mana pun kalau mood nak ambik gambar tak ada, memang gambar tak cantik.....itulah kerja seni nie, perlukan kreativiti dan perasaan. Macam lah aku nie kerja sebagai photographer.

Dah puas keliling universiti, badan pun dah letih.....terus ke rumah Kamal yang terletak tak sampai 10 minit jalan kaki. Dari tingkap rumah dah boleh nampak universiti, patutnya Kamal boleh balik every lunch hour. Sampai rumah, terus mengunjurkan kaki dan merebahkan badan.....kena berehat juga sebab perjalanan dari Swansea ke Coventry ambik masa 4 jam memang meletihkan. Malamnya, Kamal rajin pulak nak masak. Katanya teringin nak makan mee tom yam dan ada teman nak makan pulak tu.....best rasanya makan sambil menyembang nie. Aku sendiri kat Swansea masak dan makan sorang-sorang sahaja. Nie lah nasib bujang diperantauan.

Seperti biasa, aku kalau ke mana-mana tempat sure akan keluar malam. Bukan pergi clubbing atau apa-apa, tapi untuk menghayati keindahan alam disamping tengok gelagat-gelagat komuniti kat sini. Malam tu kan sesuatu yang elegan dan penuh abstrak. Sayangnya semua gambar yang aku ambik malam tu, semuanya tidak menjadi.....memang mood lah punya pasal nie.


Sabtunya, aku ada important occasion kat Birmingham. Sampai di New Street Birm, terus ke Bullring sebab nak mencari perfume yang dipesan oleh adik lelaki aku. Last year masa aku datang Birm, aku ada belikan beberapa botol perfume kat sini dan hantar ke Malaysia. Harga perfume kat sini jauh lebih murah berbanding kat Swansea dan ada banyak pilihan. Habis memborong, terus gerak ke ICC, kat sana ada conference. Wahhh.....dapat jumpa dengan Hilton dan Wan memang saat-saat mengembirakan. Walaupun kitaorang bukanlah kawan rapat, tapi sepetang menghabiskan masa bersama memang sesuatu yang mengembirakan. Then bila balik ke Coventry semula, aku perasan yang aku langsung tak ada bergambar dengan Hilton dan Wan.....nampaknya memang tak adalah kenangan melainkan yang tersimpan dalam ingatan.


Ahad, hari terakhir aku kat Coventry. Paginya lepas sarapan ala kadar, aku dan Kamal ke Warwick University. Terletak 30 minit dari Coventry City, Warwick University macam tersorok jer dari pandang orang.....tapi still top 10 around UK famous universities. Kawasan universiti dia luas dan hijau saujana mata memandang. Memanglah hijau sebab dah Spring.....hehehe. Kiranya mana-mana student Malaysia yang study sini kalau tak cemerlang tak tahu lah nak cakap apa. Kawasan yang damai dan nyaman.....sesuai bebenorlah sebagai lokasi belajar.


Sebelum bertolak balik ke Swansea, aku singgah makan kat Chicken Cottage lagi tapi kali nie Kamal yang beria-ia nak belanja. Memandangkan aku masih ada masa, lepas makan aku pergi semula ke history and atmospheric medievel ruin-alongside awe-inspiring 1950's cathedral. Dengar ceritanya, cathedral nie suatu masa dulu pernah kena bom, sebab itulah jadi bahan sejarah dan tarikan utama.

Btw, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Kamal yang sudi terima aku sebagai tetamu di Coventry. Pada Hilton dan Wan, kalau korang turun Birmingham lagi, kasi tau lah. Mana tahu ada rezeki untuk kita berjumpa dan mengeratkan ukhwah. Tak pun, datang lah ke Swansea.

4 Comments:

  1. Daniel Edzhan said...
    Bilalah saya dapat hidup seenjoy bro. Dpt jalan-jalan, tengok tempat org. Rasanya memang betul lah pepatah melayu, hujan emas di negeri orang.
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Daniel - Hidup aku nie x seindah yang disangka, adatlah mencari pengalaman di negara orang.
    Ethanilusac said...
    Duit banyak...maklumlah orang kaya kat Swansea. Simpan pun x gunakan.....baik buat belanja gi jln-jln. Bila nak belanja aku kat sini?
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Ethan - Woi, mana ada banyak duit, hutang bertimbun-timbun x langsai lagi. Aku gi sana bukan sebab nak jalan2 tapi sebab ada kerja, at sametimes dptlah jln2....x sengaja, okay. Dtglah Swansea kalau nak dibelanja, kalau ko duk sana mcm mana aku nak belanja. Ko ingat ada cyber resturant ke

Post a Comment