Seandainya kamu memiliki cinta, maka cinta pertama kamu adalah milik Allah s.w.t dan rasulNya, lalu aku adalah cinta kedua kamu.
Seandainya kamu memiliki cinta sesama manusia, maka cinta pertama kamu adalah kepada kedua orang tua dan cinta kedua kamu adalah aku. Tidak ada orang lain sesudah itu melainkan cinta atas dasar takwa. Lalu yang selain darinya adalah nafsu semata-mata.
N/K: Tak tahu kenapa hari nie aku jadi jiwang semacam melantunkan ayat-ayat cinta. Baru lepas tengok full movie 'Perempuan Berkalung Serban' yang digarap dari novel tulisan Abidah El Khalieqy. Lepas tu pulak, siap layan filem 'Syahadah Cinta' yang diadaptasi dari karya Taufiqurrahman Al Azizy. Kedua-dua filem ini berlatarbelakangkan pasentren dimana masalah cinta dan konflik kehidupan diangkat sebagai tema. Walaupun terdapat beberapa kecaman terhadap filem-filem ini, tapi saya percaya kedua-dua telah berjaya membawa mesej dakwah dengan cara tersendiri dan mudahan ada iktibar yang boleh kita pelajari.
N/K: Tak tahu kenapa hari nie aku jadi jiwang semacam melantunkan ayat-ayat cinta. Baru lepas tengok full movie 'Perempuan Berkalung Serban' yang digarap dari novel tulisan Abidah El Khalieqy. Lepas tu pulak, siap layan filem 'Syahadah Cinta' yang diadaptasi dari karya Taufiqurrahman Al Azizy. Kedua-dua filem ini berlatarbelakangkan pasentren dimana masalah cinta dan konflik kehidupan diangkat sebagai tema. Walaupun terdapat beberapa kecaman terhadap filem-filem ini, tapi saya percaya kedua-dua telah berjaya membawa mesej dakwah dengan cara tersendiri dan mudahan ada iktibar yang boleh kita pelajari.
Perempuan Berkalung Serban, ditayangkan di Indonesia bermula 15 Jan 2009 lalu, tapi di Malaysia tak tahu lah disebabkan menyentuh beberapa isu sensatif. Tapi kalau dilihat dari sudut positif dan ilmiah, memang patut ditonton. 'Sebelum haqqul yakin dengan kebenaran, aku tak mau mengangguk dan menjadi keledai, sekalipun keledai seorang syaikh atau imam besar'
Syahadah Cinta, filem tahun 2008. Walaupun jalan cerita macam kurang rasional sikit, tapi mesej cerita sungguh mantap. Tengok suasana sekolah pondok era moden, rasanya ramai nak hidup dalam suasana seperti itu. 'Apakah erti cinta? Cintai dia kerana Allah kerana Allah telah meletakkan cinta dalam diri. Aku ingin mencintainya kerana Allah bukan kerana nafsu'
N/K: Indonesia dah makin ke depan dalam filem bercorak keislaman. Terbaru, filem Ketika Cinta Bertasbih. Malaysia pun dah mengorak langkah dengan filem Syurga Cinta. Mudahan ia menjadi hiburan yang mendidik jiwa.
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita akan sentiasa kembali kepada Yang Maha Esa kerana hanya DIA satu-satunya Yang Maha Mengetahui apa yang dirasai dlm hati kita..kita mengadu masalah hati kepadaNYA kerana DIA sentiasa ada untuk mendengarnya..
sebagaimana kita bersukur dengan nikmat kebahagiaan yang dikurniakanNYA, maka kita juga perlu redha dengan ujian yang diberi olehNYA..
tetapi kebanyakan manusia melupakan cintaNYA ketika senang, dan hanya kembali ketika susah..
itupun kebanyakannya kembali untuk menyalahkan takdir..
wallahualam..
mana bleh dapat tonton cerita itu ya>?
Rhea - huhhh.....garapan penuh makna. Semua yang berlaku dlm hidup adalah sempurna kerana Allah s.w.t lebih tahu mana baik dan buruk untuk makhlukNya. Mudahan kita dapat mengecap keindahan hidup sesuai dengan peranan kita sebagai khalifah.
Ethan - Entahlah, time2 aku sibuk, kepala buntuk, everything release bila tengok cerita yang menyebakkan. Tentu ada sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran buat hidup ini.
Anonymous - Cerita apa nyer? Kalau Filem Berkalung Serban atau Syahadat Cinta, tuan/puan boleh clik pada link (tajuk filem yang dibirukan). Untuk filem Ketika Cinta Bertasbih and Syurga Cinta, both films belum keluar lagi untuk tayangan.
Ummul - Saya yakin setiap medium memainkan peranannya dlm membentuk fikiran manusia. Saya bersetuju bahawa Islam tidak pernah menghalang wanitanya untuk maju, malah mengangkat martabat wanita itu ke tahap yang tinggi. Yg patut membezakan wanita maju islam adalah keperibadian dan kehormatan yang tidak boleh dicaturkan. Mudahan kita membuka ruang untuk melihat pelbagai situasi kehidupan masyarakat itu sendiri.