Tatkala kaki melangkah masuk ke Tokapi Palace yang dihiasai dengan tulip mekar, hati menjadi sayu mengingati kisah perjalanan terakhir seorang khalifah, Sultan Abdul Hamid II yang diusir ke Salonika dan kemudiannya hidup dalam pengasingan di Istana Tua Belarbe, Istanbul. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan sedih dan kecewanya baginda semasa menghadapi saat-saat genting diturunkan dari takhtanya secara hina. Saya teringat sebuah puisi dari memoir baginda yang ditulis oleh puterinya, Aisha. "Tuhanku, aku tahu kaulah Al-Aziz, dan tiada yang selainMu yang Kaulah satu-satunya, dan tiada yang lain. Ya Tuhanku, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini. Ya Tuhanku, bantulah aku"
Tokapi Palace telah mencecah usia 548 tahun sejak dibina oleh Sultan Fatih Al-Mehmet dan sepanjang tempoh tersebut istana ini mengalami penambahbaikkan sehingga menjadikan ia sebagai miniature city yang dilengkapi dengan masjid, perpustakaan, sekolah, barak, dewan mesyuarat dan pejabat.
Walaubagaimanapun, istana ini hampir terbiar setelah Sultan Abdul Majid berpindah ke Istana Dolmabahce. Pada tahun 1924 ianya dijadikan meseum. Di istana ini jugalah tersimpannya beberapa khazah berharga antara singgahsana, barang perhiasan, batu permata, mahkota diraja dan pedang-pedang para khalifah ar-rasyidin serta para sahabat juga pedang rasmi pemerintah Empayar Ottoman. Seolah-olah tidak percaya apabila dapat menatap sendiri pedang Saidina Ali Karamullah Wajha yang beratnya hanya boleh dipikul oleh empat lelaki dewasa.
Dican Tower yang bersambung dengan Council Chamber dan Grand Vezir's Office. Ianya terletak di sebelah kiri kawasan istana manakala sebelah kanannya adalah Palace Kitchens. Berhampiran dengan kawasan tersebut adalah pintu utama ke Harem iaitu sebuah kawasan yang hanya didiami oleh bonda sultan, para isteri dan pelayan wanita.
Masjid kecil yang terdapat ditengah-tengah kawasan istana. Tempat ini juga menjadi kawasan lazim Sultan Ahmet I membaca. Semasa pemerintahan Sultan Ahmet III, sekeliling kawasan masjid ini ditanam dengan tulip semasa musim bunga menjadikan baginda tersohor dengan jolokan 'Tulip King'.
Ketika merenung laut Marmara yang membiru, hati saya merasa damai sekali. Nun di sana kelihatan Dolmabance Palace, salah sebuah istana lama Sultan Abdul Hamid yang juga menjadi tempat terakhir Kamal Artartuk bernafas. Dibahagian lainnya terbentang luas Golden Horn dimana di kawasan yang dipanggil Eyup, bersemadinya sahabat nabi, Ayub Al-Ansari yang terbunuh semasa membawa panji-panji menentang Constantinople. Menurut sejarah, Eyup Sultan Camii merupakan masjid pertama yang dibina setelah Mehmet the Conqueror menawan Constantinople dan menukar namanya menjadi Islambul.
Ketika merenung laut Marmara yang membiru, hati saya merasa damai sekali. Nun di sana kelihatan Dolmabance Palace, salah sebuah istana lama Sultan Abdul Hamid yang juga menjadi tempat terakhir Kamal Artartuk bernafas. Dibahagian lainnya terbentang luas Golden Horn dimana di kawasan yang dipanggil Eyup, bersemadinya sahabat nabi, Ayub Al-Ansari yang terbunuh semasa membawa panji-panji menentang Constantinople. Menurut sejarah, Eyup Sultan Camii merupakan masjid pertama yang dibina setelah Mehmet the Conqueror menawan Constantinople dan menukar namanya menjadi Islambul.
Saya menyedari bahawa kedudukan istana ini amat strategik iaitu berhadapan dengan selat Bosphorus di mana khalifah boleh memerhatikan kedua-dua kawasan timur dan barat.
Nun disana boleh kelihatan Golden Horn yang terletak disebelah kiri Galata Bridge manakala sebelah kanannya adalah Laut Marmara.
Pavillion of the Holy Mantle yang menempatkan barang peninggalan Nabi Muhammad s.a.w antara kitab suci Al-Quran, jubah baginda dan beberapa helai janggut baginda yang tidak dimamah masa. Turut dipamerkan adalah tongkat Nabi Musa a.s. Dengan hiasan yang begitu megah, bangunan ini merupakan kawasan terpenting di dalam istana.
Rasanya tidak mahu meninggalkan Tokapi Palace. Setelah lima jam di Tokapi, seterusnya, petang terakhir saya di Istanbul dihabiskan dengan berjalan-jalan di Taksim dan Bagdad Cedesi iaitu kawasan membeli-belah tersohor di kawasan Istanbul Asia. Menaiki tram merentasi Golden Horn, saya sempat memerhati kawasan Galata Tower, Mimar Sinan University, Kabatas Bay dan Dolmabahce.
Saat menunggu tram di Karakoy untuk pulang ke Sikerci, kawasan di mana saya menginap. Akhirnya pengembaraan saya di Kota Seribu Masjid ini akan berakhir. Saya kembali ke hotel seterusnya ke Spicy Bazaar untuk membeli ole-ole buat kawan-kawan di Swansea. Flight saya ke London keesokannya adalah pada pukul 1.45 petang. Memang sayu meninggalkan Istanbul dengan keramahan penduduknya, keindahan senibina klasiknya serta peninggalkan sejarahnya yang membuatkan saya tersentuh. Sekiranya diberikan rezeki, insya'allah tahun hadapan saya pasti menjejakkan kaki ke sini lagi.
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak tau knpe hati tetiba jadi sayu..
terutama pada entry yang ini..
tak ada ayat dapat merungkaikan perasaan..
terima kasih buat eridz atas kesudian berkongsi pengembaraan ini..
actually,tiket murah dah habis, tapi insya-Allah lain kali jika ada rezeki memang nak pergi.
Rhea - entry hari terakhir tu mmg mcm sayu jer sebab saya teringatkan kisah Sultan Abdul Hamid yang dibuang dari tahta khalifah. Kisah nie satu pengajaran besar kepada kita dimana sebalik peristiwa inilah bermulanya penguasaan yahudi ke atas bumi palestin.
CikguZue - Insya'allah nanti ada rezeki tu. Saya pun tahun depan dah merancang nak pergi lagi ke Istanbul sebab banyak tempat saya x pergi lagi especially masjid Ayub Al-Ansari....
Karimah - Jom-jom berkampung kat UK, bila nak datang sini wooiii. Insya'allah tahun depan jom gi buat rombongan.