Hari kedua di Istanbul dihabiskan dengan merayau-rayau di Gulhane Park dan kemudian melawat Haghia Sophia. Perancangan asalnya mahu memasuki Tokapi Palace namun ianya ditutup setiap hari selasa. Petangnya ke Grand Bazaar, solat zohur dan asar di Masjid Ibrahim Pasa, kemudian jalan-jalan sekitar Istanbul University seterusnya ke Suleymaniye Mosg. Malamnya pula ke Blue Mosg di samping menikmati panorama sunyi Sultanahmet.
Gulhane Park, di sinilah terletaknya Tanzimet Muzeum, Tiled Pavalion dan Museum of the Ancient Orient yang terletak di dalam kawasan taman yang indah.
Zeynap Sultan dan Yerebatan dari tembok Gulhane. Tram adalah pengangkutan utama di kawasan yang sibuk dengan para pelancong ini.
Kecantikan Aya Sofya juga dikenali sebagai Haghia Sophia sukar diungkap. Di bina 1000 tahun dahulu, asalnya adalah merupakan sebuah Christian Basilica yang kemudiannya diubah fungsinya sebagai masjid oleh Mehmet the Conqueror. Jadinya, sebahagian hiasan dalaman Haghia Sophia ini telah ditukar selari dengan konsep kesenian Islam dimana arkitek terkemuka iaitu Sinan telah diberi tanggungjawap tersebut. Namun begitu pada tahun 1935, selepas Kamal Artartuk memerintah Turki, Haghia Sophia telah dijadikan museum dimana mozek-mozek yang menutupi hiasan asal dikopek semula.
Sebahagian hiasan dalaman bercirikan Islam yang masih boleh ditatap generasi hari ini. Lapan medallion besar dengan kalimah Allah, Nabi Muhammad s.a.w, empat nama khalifah dan dua cucu nabi menghiasi ruangan utama. Bahagian kubahnya pulak dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Gambar yang sempurna dan tercantik yang berjaya aku rakamkan, lapan titik cahaya yang terhasil di dinding Marmara. Ia adalah campuran white marble dari Thesaaly, yellow marble dari Afrika dan emas serta perak dari Ephusus.
Golden Mosaic pada siling dengan hiasan asal merupakan gambar-gambar Virgin Mary, St John, Archangel Gabriel dan maharaja Empayer Byzantine. Kesemua gambar ini dipamerkan semula setelah disembunyikan lebih kurang 500 tahun.
Di dalam ruang Grand Bazaar. Di sini terdapat lebih kurang 4000 ruang perniagaan. Tapi yang mengkagumkan kawasannya adalah sangat bersih jauh dari persepsi awal walaupun telah dibina sejak tahun 1461. Pandai-pandailah menawar di sini kerana harga barangannya bagi pelancong asing mungkin sekitar 3 kali ganda dari harga biasa.
Terletak beberapa meter dari Grand Bazaar dan berhadapan dengan Ibrahim Pasa Mosg adalah Istanbul University. Pintu gerbangnya sahaja sudah cukup mengambarkan betapa megahnya bangunan universiti ini.
Suleymaniye Mosg yang bertentangan dengan The Golden Horn. Binaannya mengambarkan kehalusan seni Empayar Ottoman dan telah diilhamkan sendiri oleh Sultan Suleymen I. Menurut lagenda, dikatakan bahawa batu permata dari Persia dicampurkan dengan mortar untuk membina menara masjid berkenaan.
Permandangan Sultanahmet atau lebih dikenali sebagai Blue Mosg di waktu malam. Masjid ini merupakan satu-satunya yang memiliki enam menara dan 16 balkoni. Kubah dan bahagian dinding atas masjid ini sebenarnya berwarna blue arabesques.
Bahagian dalam Blue Mosg. Semasa waktu solat, pelawat adalah dilarang memasuki bahagian dalam masjid ini. Walau bagaimanapun, sebagai tetamu Allah berbangsa Malaysia dari Wales, pegawai perkenaan mengizinkan aku masuk untuk solat dan mengambil gambar.
Inilah Haghia Sophia di waktu malam. Betapa keindahan ciptaan tuhan itu dijadikan untuk direnung dan difikiran oleh manusia.
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Azimah - Hehehe, seronok tak terhingga dpt release tension. Kalau jauh perjalanan luas pemandangan saja tak apa nie kalau jauh perjalanan, luas pemandangan, rambang mata memandang, duit kocek pun hilang...hehehe....jawap sendiri lah kan.
Attey - Allhamdulillah, saya x lepas2 tengok blue mosg sayangnya x explore keseluruhan bangunan sebab pergi time isyak. after isyak, masjid tu tutup tapi sempatlah saya mendengar laungan azan yang bersahut-sahutan....maha besar Allah yang menciptakan semua nie