Sudah seminggu lebih sebenarnya aku balik dari Istanbul. Hari minggu tadi ke Birmingham, Coventry dan Warwick. Pekerjaan agak bertimbun di office dan inilah padahnya. Alhamdulillah, percutian beberapa hari di Istanbul meninggalkan kenangan yang sangat mendalam. Teruja dengan kotanya yang dipenuhi rumah-rumah Allah, senibina yang halus serta nilai sejarah yang masih dipelihara. Betapa di situlah suatu masa dulu empayar Islam sangat digeruni dan dihormati.
Permulaan langkah pengembaraan, wajah Kota Seribu Masjid seringkali muncul dalam benak fikiran membuatkan mata tidak boleh terlelap sewaktu di Gatwick London. Bermalam di airport Gatwick sementara menunggu flight pada pagi harinya. Perjalanan dari Gatwick London ke Sabiha Gochen mengambil masa tiga jam.
Halaman tempat berwuduk di Yeni Mosg, tempat pertama yang dilawati setelah check-in hotel sekitar pukul lima petang. Yeni Mosg dibina atas arahan bonda Sultan Mehmet III pada tahun 1597 namun siap sepenuhnya pada tahun 1663 menjadikan ia sebagai masjid klasik termuda di Istanbul.
Sebahagian panorama yang boleh dilihat di dalam Egyptian Market. Egyptian Market juga dikenali sebagai Spice Bazaar kerana di sini banyak dijual rempah ratus dan makanan tradisi. Waktu perniagaan di sini akan berakhir tatkala azan maghrib berkumandang.
Perhiasan kaligrafi dan ukiran emas, dikatakan antara yang terbaik di sini. Harganya usah dirisaukan kalau punya duit yang banyak. Mahu rasanya bawa pulang satu.
Rustem Pasa Mosg dalam wajah suram malam Istanbul. Asalnya mahu ke Suleymaniye Mosg untuk solat maghrib dan isyak di sana, namun niat dibatalkan kerana khuatir dengan keselamatan pada waktu malam.
Menyaksikan kedamaian malam serta pemandangan tebing Halic, The Golden Horn dari Galata Koprusu Bridge yang menghubungkan Istanbul Asia dan Eropah. Suatu masa dulu, Bosphorus adalah pelabuhan yang sangat sibuk dan hari ini masih menjadi laluan kapal-kapal.
Dinner malam pertama di Istanbul, Ulek-ulek. Sangat menyelerakan dengan ikan maceral yang digoreng kemudian dihidang bersama roti, salad dan juice lemon. Kalau ada sos chili, sure lagi sedap. Apatah lagi di waktu malam yang dingin bersama elma cayi iaitu sejenis minuman tradisi di sini yang menghangatkan badan.
Yeni Mosg dari Taksim Square. Duduk-duduk di sini sambil menyaksikan pemandangan bahagian Istanbul Asia. Sunyi malam adalah masa yang sesuai untuk bertafakur dan menginsafi hakikat kejadian.
Yeni Mosg dari sisi yang lainnya. Senibinanya bergermelapan dengan limpahan lampu-lampu. Cukup untuk malam pertama di Istanbul dengan menatap setiap inci ruang masjid ini.

4 Comments:

  1. Daniel Edzhan said...
    Woi, perghhh.....superb. Layan jer gambar ko nie walaupun aku tak dapat pergi. Bilalah nak ada duit dan peluang tuk pergi.
    Atiey MN said...
    kagumnya...sgt2 cantikkk..
    tapi sgt mahal brg2 phiasan tu ek...
    Ethanilusac said...
    Ridz, ko berjalan x habis2.....hehehe. Jelouss tahap dewa siot. P/s: Daniel, next year kita kena serbu bro Eridz nie kat Swansea.
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Daniel - kumpul duit, menabung amalan mulia....hehehe.

    Attey - agak mahal lah, boleh pokai juga dibuat nyer.

    Ethan - sementara aku kat Swansea, datang lah sini. Nanti kalau dah balik Malaysia, susah pulak nak mai sini.

Post a Comment