Alhamdulillah, aku dah pun balik semula ke awesome land of Swansea selepas menghabiskan beberapa hari di Istanbul. Tapi sebelum aku citer pasal cinta ku yang tercicir di Istanbul, aku nak citer pasal aktiviti riadah hari sabtu sehari sebelum aku memulakan pengembaraan di bumi seribu masjid itu.

'Creaso I Glun-Gwyn yn Ardal y Rhoeadrau' itu yang aku dapat terjemahkan ke dalam bahasa inggeris sebagai 'Welcome to Clun-Gwyn Waterfall Country,' tulisan yang terpampang pada signboard yang menyambut kami di National Park Brecon Beacons. Aktiviti riadah di samping berkelah tanpa mandi-manda nie dirancang oleh Eja dan James beberapa hari sebelumnya. Dengan cuaca yang ceria dan panas membahang, memang sesuailah dengan aktiviti-aktivi sebegini. Lagipun dah lama sangat budak-budak bujang tak berjumpa sesama, kali terakhir rasanya masa kenduri tahlil di rumah Kak Zu. Kitaorang, Farhan, Anas, Brother Akbar, Eja, James, Nuni, Nicole dan family Kak Izian menghabiskan masa di Clun-Gwyn dari tengahari sampailah matahari terbenam. Sempat juga menyaksikan sunset di puncak Brecon. Balik tu, sure masing-masing sakit kaki dan kepenatan.


Brother Akbar dan Anas Tahir di starting point.

Kat Clun-Gwyn ada empat waterfall yang sangat-sangat mengagumkan iaitu Swyd Clun-Gwydr, Sgwd Isaf, Sgwd y Pannwr, Swyd yr Eira. Mungkin ramai yang nak tahu apa nyer Swyd Clun-Gwyn tu kan, dalam bahasa inggeris ianya bermaksud 'fall of the white meadow'.


Swyd Clun-Gwydr.....air terjun mula-mula sekali yang kitaorang lepak sambil menjamu selera., solat dan berehat selepas berjalan kaki dari starting point. Kawasan sekelilingnya hijau berlumut mungkin disebabkan keadaan lembab dan sejuk.


Sgwd y Pannwr.....the second waterfall yang kitaorang jumpa semasa dalam perjalanan merentasi hutan Brecon. Nak sampai ke sini rasanya macam tercabut kaki kepenatan. Tapi still excited untuk meneruskan perjalanan ke air terjun seterusnya.


Swyd yr Eira, waterfall terakhir yang disinggahi. This translates as 'fall of the snow' and the most famous waterfall in this area. Tapi nak sampai ke air terjun nie memanglah payah. Berbaloi rasanya. The soft rock behind the waterfall has worn away, leaving enough room to walk behind the cascade. See Eja and James over there.

Spectacular waterfall, wooded gorges and intriguing caves make Clun-Gwyn area one of the most exciting landscapes in Wales. This is also where the Hepste, Melte and Nedd Fechan rivers cascade over layers of millstone grid on their journeys from the mountain to the sea. These afon's name means lighting, reflecting its rapid rises and falls after heavy rain.


Inilah rupanya hutan di Wales nie tatkala musim sejuk baru sahaja berakhir. Kalau sesat pun sure dapat cari jalan balik, terang benderang tempatnya.


With Brother Akhbar and Nicole at the third waterfall, Sgwd Isaf. Kat sinilah kita orang berhenti untuk sodeng orang-orang yang tengah bermandi-mandi. Hehehe.....no motif, okay.


Dengan Farhan kat Sgwd Isaf.

3 Comments:

  1. Zara~AB said...
    yeap! i've moved as well. aper citer kat sana? i went back to kuittho last weekend. singgap jap. fetch my sis since i was on my way to UTM for my convo? nice travel blog! giler jeles!
    Ethanilusac said...
    Mmmg bezalah kawasan dia ngan another part kat Uk. Aku kat malaysia pun x explore air terjun, entah kenapa kat sini mcm x ada mood nak beraktivitas sebegitu. Next year aku sampai sana, bawa gi jln2 tau.
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam,

    Zara - Citer kat sini mcm biasa jer. Hati merasa bahagia sebab spring baru jer bermula...hehehe. Boleh shoot banyak gambar lepas nie. Zara, congrat for ur graduation day...buat master ehhh.

    Ethan - Aku sendiri belum pergi mana2 air terjun kat malaysia melainkan lata kijang n lata iskandar. tu pun zaman aku sekolah

Post a Comment