Sambil duduk-duduk menghirup udara segar dengan sebotal air mineral buat menghilangkan lelah dek penat berdansa ala bollywood, dari tingkap Fulton House ternampak tulip-tulip tumbuh mekar di sekeliling pokok besar berhampiran dengan Blue Fraday Tower. Tulip renek yang tumbuh hanya dua minggu di penghujung februri adalah petanda musim sejuk bakal berakhir. Kalau ikutkan lebih kurang sebulan lagi. Tidak sabar rasanya menunggu 'Easter Holiday' dan kenyamanan musim bunga di Swansea. Seluruh pantai dan taman pastinya akan menjadi sesak saat minggu pertama musim bunga nanti.
Easter holiday yang paling tidak sabar untuk dinanti, masih menghitung hari bila agaknya boleh mula bercuti, maklumlah kerja-kerja dipejabat belum mengizinkan borang cuti dihantar ke Dr. Feng. Setakat ini perancangan lima hari di salah satu kota eropah sudah ada di dalam fikiran, cuma masih menunggu kata sepakat kawan-kawan yang lain. Destinasi pilihan.....kemana agaknya.....Istanbul mungkin sahaja destinasi yang menarik, kota seribu masjid itu seakan melambai untuk diziarahi.

Aku mula perasan yang tulip-tulip kecil berwarna unggu dan putih hanya tumbuh berselang-seli di sekitar pokok besar itu sahaja. Kawasan lain di Swansea sememangnya tidak terdapat pokok tulip renek seperti itu, yang ada hanyalah tunas hijau deffodil. Tak tahulah di kawasan lain di Wales ini. Tulip kecil ini hanya tumbuh sekejap sahaja dan kemudian akan layu tatkala deffodil berwarna kuning kembang mekar. Kenapa agaknya? Selepas itu, tulip-tulip berkelopak besar dengan pelbagai warna akan menghiasi seluruh taman pula. Musim bunga memang begitu mengasyikan.
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Maleq - ciptaan tuhan itu memang sempurna. Awek tu tengaj belajar ambik gambar....hehehe.
Rhea - yup, agungnya ciptaan tuhan itu buat dihayati dan difikirkan oleh manusia. Mudah-mudahan kita menjadi lebih bertakwa kepadaNya.
Ethan - akhir2 winter cuaca kira dan bagus dah, ada cahaya matahari, this time lah tulip and deffodil tumbuh. But I'm rwally not sure yang nie tulip atau bunga liar jer. In fact, member Welsh aku pun x berapa sure. Just assume as tulip renek jer lah.
Attey - Tulip renek nie tumbuh melata dalam certain area jer. Kalau ikutkan ada 3 warna, ungu, putih and kuning.
sebab tak photoshop.
au naturel.