Malaysian Night 2009: Ep LAH

Alhamdulillah, akhirnya Swansea Malaysian Night 2009 melabuhkan tirai dengan jayanya. Dengan tema 'Love, Acceptance and Harmony', Swansea Malaysian Night kali ini mengetengahkan kisah percintaan dua bangsa antara Kassim dan Shalini disamping persahabatan mereka dengan Chong. Apakah cinta Kassim dan Shalini kesampaian? Gambar-gambar di bawah ini ada jawapannya.


Kassim dan Chong, kawan sepermainan sejak kecil.


Kassim bersua muka buat pertama kalinya dengan Shalini di sekolah, inilah cinta pandang pertama mereka


Kassim melamar Shalini sebagai kekasihnya sambil mendendangkan lagu 'Belaian Jiwa'


Ibu Kassim dan mak Shalini bergaduh di pasar kerana tidak bersetuju dengan perhubungan anak mereka.


Beberapa tahun kemudian, hubungan Kassim dan Shalini masih berlangsung. Mereka menceritakan masalah yang dihadapi kepada Chong.


Chong membantu menyatukan Kassim dan Shalini. Adegan berbincangan antara Chong dengan keluarga Kassim dan Shalini.


Akhirnya kedua-dua keluarga menerima kenyataan akan cinta anak-anak mereka. Kassim dan Shalini pun disatukan.


Berbeza bangsa dan budaya tidak menghalang cinta untuk disatukan


Selepas 10 tahun, Kassim, Shalini dan anak perempuan mereka.

5 Comments:

  1. Daniel Edzhan said...
    sure gempaq nyer. Pround as malaysian.
    Anonymous said...
    Tahniah2x, nampak mcm pro theater
    Anonymous said...
    tahniah.. xde video ker?
    Ethanilusac said...
    well done Eridz, tahniah atas usaha memperkenalkan malaysia. Bila nak publish video ne
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam to all,

    Daniel - kat mana2 pun bumi dipijak, we are still malaysian.

    Maleq - thx, kebanyakan dialog dlm adegan cinta kassim n shalini dilontar spontan, hampir 70% lari dari scrip asal. Nak buat cam mana x ada masa yg cukup tuk rehearsal.

    Rhea & Ethan - insya'allah video akan menyusul kemudian dlm youtube.

Post a Comment