Rumah Baru

Perihal aku pindah rumah lagi tersebar dengan cepatnya di Swansea. Mujurlah cerita asal sebab musabab kenapa aku berpindah tidak dipinda oleh mana-mana pihak. Emmm.....beginilah nasib si musafir di negara orang, sudahlah hidup sebagai perantau, kena pulak hidup sebagai nomad yang berpindah randah.....nasiblah badan. Tak sampai setahun setengah, aku sudah berpindah rumah sebanyak empat kali termasuk yang ini. Dari 14 Brynmill Avenue ke 34 Park Place kemudian berpindah pulak ke 53 Uplands dan sekarang, aku hidup dalam suasana yang lebih dinamik, tenang dan mengembirakan di 16 Moridor Cresent. Semua peralatan serba baru dari dapur, bilik air dan yang paling penting bilik tidur dengan katil, almari, meja dan drawers yang masih berbau kedai. Sayangnya tiada lagi permandangan Swansea Bay yang indah dan menenangkan itu. Good bye 53 Uplands yang hanya sempat didiami lebih kurang lima bulan sahaja sejak September tahun lepas.


I will miss my house at 53 Uplands.....time tengah bekemas-kemas


Permandangan Swansea Bay.....renungan terakhir dari jendela

Kalau dah pindah, tentulah kena buat house warming kenduri. Jemputan hanyalah kekawan bujangan disamping a few families. Juadah house warming kenduri pulak cumalah makanan biasa antaranya ayam masak cili, udang masak lemak, sayuran, ice cream dessert dan beberapa lagi juadah yang dibawa oleh Kak Izian, Kak Fitri dan Kak Izzah. Terima kasih semua kerana sudi menghadirkan diri. Hehehe.....nasib baik kunjungan Dr. Asri ke Swansea tak jadi, kalau tidak kenalah menjemput sekalian Lampeter.


Juadah ala kadar


Living room area.....simple jer

Mengapa pindah? Itu pertanyaan ramai pihak. Sebab utamanya adalah kerana aku tidak lagi berupaya untuk berkompromi dengan gagak putih Austria yang selalu membuat onar. Kemarahan aku memuncak apabila dia mengadakan party (mabuk + tari menari + seks) dari 8.00 malam yang berlarutan hingga ke jam 6.00 pagi. Bayangkanlah bagaimana perasaan aku yang waktu itu hendak tidur. Beberapa kali aku dan jiran-jiran ke tempat gagak putih meminta dia memperlahankan volume speaker kerana menganggu kami semua di tingkat 2 dan 3. Namun tetap tidak diendahkan sehinggakan hendak rasanya membuat laporan polis. Namun mengenangkan Darren (my landlord), malam itu aku tetap bersabar. Bila aku ceritakan perkara nie pada my Welsh friends, they are very upset dengan kelakuan si pendatang yang bukan main lagi mengalahkan Britonish. Then, I have decided to complaint this matter to my landlord. Landlord aku pulak yang minta maaf sedangkan si gagak putih tak ada perasaan bersalah pun malah sempat menegur "How's my party, I hope it's not bad". Perghhh.....menyirap darah aku dengan perangai berlagak macam tu. Darren kemudiannya offer aku another house dengan harga yang sama. Walaupun lokasi rumah baru aku nie agak jauh dan mengambil masa kira-kira 30 minit jalan kaki ke my office, yang penting aku tenang menjalani hidup di rumah baru.


Inilah tempat aku beradu.....duvet jer yang lama


Bedroom yang lebih besar dari rumah lama


Pokok kecil ini masih tetap menemani aku

5 Comments:

  1. Anonymous said...
    seperti sebelumnya.. selamat berhijrah ke rumah baru.. dan yg paling penting.. semoga kedamaian sentiasa menjadi penghuni dalam hatimu.. walau di mana jua dirimu berada..
    Daniel Edzhan said...
    Waah, bukan main kemas lagi rumah u. Hahaha, jangan-jangan time nak ambik gambar jer ke yang kemas. Huhhh, just joke, jgn ambik hati tau. Btw, selamat menjalani kehidupan baru di rumah baru....dunia baru bila nak bermula? hehehe.
    asuhara sue said...
    selamat berumah baru. moga your life lebih interesting!
    Unknown said...
    blog baru..umah baru jgak...new environment gtu...segalanya baru ...hehe
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam all,

    Rhea, yeah terima kasih. Hijrah diri ini untuk suatu destiny yg lebih baik.

    Daniel, hahaha....rumah & bilik aku mmg selalu kemas. Kalau x kemas pun, almaklumlah, aku kan hidup sendirian x mcm ko. Dunia baru insya'allah akan bermula nanti after i back to Malaysia for good. Just waiting that time k.

    Asuhara, rumah jer baru.

    Ainin, yup i need new motivation and new environment

Post a Comment