Makan Malam

Hari ini aku, Andy dan Nuni mengambil peluang untuk makan malam bersama di Wasabi setelah beberapa bulan kami tidak berjumpa. September 2008, Nuni balik ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Swansea University dan amatlah memeranjatkan apabila dia kembali ke Swansea hari ini. Terpacak beberapa jam di Quadrant sebelum membuat panggilan minta dijemput. Andy pulak masih sibuk dengan kerja-kerja restaurant take-away disamping menyiapkan thesisnya yang perlu dihantar sebelum Mac tahun ini. Sempena menyambut Chinese New Year dan meraikan kedatangan semula Nuni, kami memutuskan untuk makan malam bersama yang tentunya menjadi satu detik berharga dalam sejarah persahabatan kami. Sebenarnya, makan malam ini sepatutnya turut dihadiri oleh seorang sahabat lain, Ravi. Tapi entah kenapa sejak jam 6.30 petang, kelibat Ravi belum juga kelihatan. Akhirnya, makanan yang sebegitu banyak ini perlu dihabiskan bertiga.....keterlaluan kenyangnya. Makan malam di Japanese bar ini berlarutan beberapa jam kerana begitu banyak hal yang diperbualkan. Tentunya kisah-kisah kegembiraan di Malaysia turut diperkataan. Begitulah kalau lama sudah tidak bersua muka.


Nuni dan Andy


Menu utama, Ebi king prown curry rice


Andy and I before we all maamam






At the end, jumpa John and his girlfriend celebrate ny juga

5 Comments:

  1. Ethanilusac said...
    Ingat makan malam dengan awek tadi..hehehe. Huhhh, maunyer kena pelangkong
    Anonymous said...
    mne gf john? tiada dlm pic ker?
    Atiey MN said...
    bestnya makan2
    Wanpetunjuk said...
    Salam bro....

    Aizuddin dah Europe balik...sume org dah fly ke sana...

    Sy nak fly gak tapi nak jalan2 jeak...tak tahu lah bila...kumpul duit dulu lah....

    Wish u have a blessing friday bro!!!
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam all,

    Ethan, huhhh nak kena pancung. No more awek lah tapi teman yg mesra. Wakakaka.

    Rhea, gf John malu-malu lak x nak join bergambar.

    Attey, sekali-sekala dpt berkumpul dgn kawan-kawan.

    Wan, yup dengarnya si Din gi Nottingham, awek UMP Hani n Aisyah dah gi Manchester. Well, dtglah Swansea kalau dah jejak ke UK, altought Din x ada kat sini but awek Din still kat sini.

Post a Comment