Februari & Snow

Perkara yang mula-mula aku buat lepas bangun tido adalah menjenguk ke luar tingkap. Wahh.....dah light snow lah. So, cepat-cepatlah mandi dan bersiap untuk ke office takut-takut heavy snow pulak turun. Susahlah aku nak menapak ke office nanti. Sejak semalam. BBC dah announce akan kedatangan snow ke kawasan Wales. Swansea Council pulak dah warning supaya keluar rumah dengan pakaian yang proper tapi ada jugak yang degil.....lantaklah korang mati kesejukan. Sejak tengahmalam semalam, kerja-kerja menabur brown salt dah dimulakan bagi menggelakkan tragedi unexpected snow 2007 berulang. Kalau ikutkan forecast, insya'allah heavy snow akan melanda Swansea sepanjang minggu ini. Yeayea.....cutikah seminggu ini? Tunggu dan lihat nanti.


Snow kat area Brynmill Park.....berposing jap


Balik dari office kul 4.30 petang, snow masih lagi turun dengan lebatnya

# p/s: Tunggu koleksi gambar snow jumaat ini.

Dalam perjalanan ke office di Brynmill Park, heavy snow pula turun. Sempatlah ambil gambar by Olympus F300 jer sebab malas nak mengusung E510 tu. Hahaha.....kat Singleton Park pula masa ribut snow melanda, aku tergelincir kat tengah jalan. Sakit yang amat kat peha kiri aku masih lagi terasa. Sampai jer office, kat pintu lagi dah nampak tag-tag hijau yang menunjukkan bahawa aku baru jer dikasi project baru untuk bulan Februari ini. Huhhh....sekedebuk kerja dikasinya. Stress.....tension.....stress.....monday mood.


Laptop hadiah daripada Dr. Feng masa x'mas 2008


Desktop yang jarang digunakan lagi....dah ada yang barukan


Kerja-kerja....berusahalah untuk menyettlekan semuanya


Kerja-kerja bulan lepas pun tak siap lagi.....cam mana nie

Tabiat aku kalau dapat kerja daripada Dr. Feng, mesti aku tulis dalam bahasa Melayu. So, my friends yang lain tak tahu apa yang aku tulis melainkan Kak Izian yang duduk berjiran dengan aku tu. Melayu mestilah faham tulisan Melayu, nak tulis Cina, still juga ada kekawan aku yang boleh faham.....nak tulis dalam bahasa apa lagi? Tu lah rugi tak boleh nak menulis jawi kan.

6 Comments:

  1. Atiey MN said...
    wah..bestnya men salji tapi klo dah sjuk sgt..xmo gakkan...
    asuhara sue said...
    kalau nak belajar tulisan jawi bolehlah datang sini http://www.ejawi.net/converter.php!
    Anonymous said...
    kenapa l & i berwarna biru?
    Daniel Edzhan said...
    Rajin-rajin lah bekerja Dr. Eridzhuan Zhaieno. Hehehe, baik hati sungguh boss ko nyer siap kasi hadiah sony viao laptop. Perghh, mcm tu aku pun nak ngak.
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam all,

    Attey, emmm...bolehlah tahan bestnyer. Maklumlah kat swansea nie jarang-jarang ada snow yg lebat mcm nie. Kalau snow dah turun, then cuaca dah tak sejuk dah. Org kata kemuncak winter tu lah bila snow turun.

    Asuhara, yup thanks. I hv tried it. Mmg baguslah website tu.

    Rhea, I & i warna biru. U mean head title ke. entah lah dah mmg set warna biru kot.

    Daniel, thx so much. Tu yg kena rajin bekerja supaya boss rasa senang hati then next year xmas dpt BMW pulak. Kahkahkah....
    fa10 said...
    salam...akhirnya snow urun jugak kat swansea...saya belum pernah ke sana lg

Post a Comment