Aidilfitri Al-Mubarak

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, minal 'aidin wal faizin. Semoga lebaran yang datang ini mengundang penuh makna. Juga ramadhan yang telah berlalu itu mudahan meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua, dalam mendidik kita untuk tetap sabar, menjalankan amalan soleh dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Di kesempatan ini, saya memohon maaf atas semua salah dan silap, andai ada terkasar bahasa dan tersalah kata. Mudahan ini bukan aidilfitri yang terakhir, dengan erti kata lain insya'allah kita dipertemukan dengan ramadhan tahun hadapan. Eid mubarak, insya'allah lebaran tahun ini yang terakhir buat saya di bumi Hamlet.


Takbir raya bergema dan aidilfitri ini terasa sayu di hati.


Menghadiri jamuan raya di univ mosg selepas solat hari raya.


Lebaran terakhir bersama Reza dan Rachmat, mudahan kita bisa bertemu lagi.


Geng Malaysian sibuk membantu menyediakan juadah untuk para tetamu.

0 Comments:

Post a Comment