Umies dan Belfast

Tiga minggu selepas balik dari Belfast, baru hari ini rasanya saya kembali bermotivasi untuk menulis di blog ini. Entahlah, setiap kali masih dengan keluhan yang sama. Alhamdulillah, Umies 2010 yang telah berlangsung di Queen's University Belfast pada 23 hingga 25 June yang lalu akan tercoret di dalam diari hidup saya sebagai sesuatu yang sangat membanggakan. Biarpun sekadar pencapaian kecil, tetapi tetap menjadi inspirasi untuk terus bekerja dengan gigih.


Presentation saya berkaitan tentang protective structures dalam bidang ketenteraan. Saya bukan bekerja dalam bidang ketenteraan, kerja saya adalah membangunkan program untuk structure engineering.


Seperti conference lain yang saya hadiri, Umies adalah platform terbaik bertemu dengan rakan baru, apatalah lagi mereka yang berkerja dalam bidang yang sama.


Kesempatan lain ketika menghadiri conference adalah berjalan-jalan sekitar Belfast dan menikmati keindahan bumi Irish. Ini saat yang paling saya suka sebenarnya.

1 Comment:

  1. Mr Final said...
    woh... nice~ termasuk skali dlm hal2 kaitan defence-army sume... hebat2

Post a Comment