Saya merasakan setiap perjuangan itu menuntut rasa muhasabah dan perubahan di samping selalu istiqomah dengan setiap apa yang dilalui. Memerlukan rasa rendah diri dan redha dengan segala implikasinya. Juga mengkehendaki kenyakinan hati dan sikap bersangka baik dengan segala kurnia.
"Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk meneruskan perjuangan di jalanMu. Tetapkanlah hati-hati ini dengan jalan sabar dan tawakkal kepadaMu. Bimbinglah hambaMu ini dengan nur hidayah dan rahmatMu"
Saya tak ingin rasa putus asa menjadi penghalang. Kerana itu saya amat-amat mengharapkan gumpalan kekuatan dan pengertian yang sesungguhnya akan menuntun saya ke jalan yang dihujungnya ada cahaya.
Saya tak ingin rasa malas menjadi sebuah lamunan yang panjang. Tanpa apa-apa usaha, kegagalan itu menjadi noktah dalam perjuangan. Saya tidak ingin kegagalan itu menyebabkan saya berhenti dari terus berjuang hanya kerana saya telah gagal tetapi mengharapkan sebuah kegagalan itu akan menjadi titik permulaan untuk sebuah perjuangan yang baru.
Tak perlu memikirkan apa yang harus saya korbankan kerana setiap langkah di medan perjuangan menuntut pengorbanan yang besar. Kerana harga sebuah perjuangan itu sangat mahal, maka peluang dan harapan tidak boleh dipersiakan.
N/K: Terima kasih atas doa dan nasihat teman-teman sekali. Saya benar-benar menghargai dan menjadikan semua itu sebagai suatu kekuatan untuk bangkit semula.

2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asuhara - saya berdoa untuk diberikan kekuatan dan ketetapan hati untuk melunaskan perjuangan yang sedang saya tempohi ini.