What Happen To My Birthday

Pertamanya aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang wish for my birthday. Maaf sesangat sebab tak sempat nak baca apa yang korang doakan untuk aku tahun nie. My big boss dah balik dari percutian, maka dengan itu secara rasminya kerja mula bertimbun-timbun.

9 Februari saban tahun adalah tarikh ulang tahun kelahiran aku. Dek kesibukan yang menghimpit kebelakangan ini, entah macam mana aku boleh terlupa. But thanks to Andy who are still remember his friend birthday and arrange a small celebration. I really appreaciate.


Nana and me.....Wasabi again



27 tahun lepas, aku telah dilahirkan di Titi Gantong, Perak. Orang Bota sebenarnya aku nie. Tapi kalau suruh menyembang loghat Bota, ate kome minta maaflah aku memang tak pandai langsung. Seolah-olah begitu pantas 27 tahun itu berlalu yang selama itulah aku telah menginjakkan kaki di bumi Allah ini. 27 tahun meminjam udara untuk bernafas dan 27 tahun sudah meneguk air untuk meneruskan hidup. Selama 27 tahun ini, apa sahaja yang telah aku lakukan?

Bagi ramai anak lelaki yang dah menginjak usia 27 tahun, masa inilah mereka membalas jasa kedua orang tua, masa inilah mereka membina mahligai bahagia dan membentuk keluarga tercinta, masa inilah mereka memikirkan kehidupan dan kerjaya dengan serius. 27 tahun telah menjadikan mereka sangat matang dalam percaturan hidup.

Bagi aku? Sepanjang 27 tahun, aku masih seperti ini. Masih dalam usaha mengenal erti hidup. Masih berkelana di negara orang mencari secebis pengalaman dan kejayaan. Masih belum sempat membalas semua pengorbanan ibu dan ayah. Masih hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan lebih dari itu, masih hidup dalam kesepian. Walau begitu, dengan apa yang aku miliki sekarang ini, aku sudah merasakan cukup bahagia dan gembira. Mudahan rezeki Allah itu terus berpanjangan.

Bagi ultah kali ini,
-Doakan aku semoga selalu bahagia dan sihat sejahtera.
-Doakan aku cepat-cepat balik Malaysia kerana aku dah muak hidup di kepulauan Wales nie.

-Doakan agar cinta aku dan dia diketemukan segera kerana aku benar-benar sudah bosan hidup bersendirian.
-Doakan semoga aku berjaya dalam perjalanan hidup dan akhirnya dapat berbakti pada negara walaupun aku tahu gajinya taklah selumayan mana.
-Doakan semoga aku gembira kerana aku nak selalu tersenyum kat korang semua.


Bagi insan yang teristimewa di hatiku, terima kasih kerana mengirimkan hadiah ini. Frankly, I really like this new perfume from Next.

9 Comments:

  1. Anonymous said...
    Salam eridz.. tidak semestinya membalas jasa ibu bapa dengan wang ringgit dan harta benda..

    dengan adanya niat utk membalas jasa mereka, itu juga sebenarnya telah dimakbulkan Allah..

    doa untuk mereka ikhlas dari seorang anak.. itu sebenarnya jauh lebih afdal.. wang dan harta cuma sementara.. dengan memiliki akhlak yang mulia dan menjaga nama baik ibu bapa, itu juga sebenarnya salah satu cara membalas jasa mereka.. sejuk perut ibu yang mengandung.. lapang hati ayah yang menanggung segala tanggungjawab..

    nway.. happy birthday.. semoga impian terlaksana.. amein.
    asuhara sue said...
    salam ulang tahun.
    semua2 yang disenaraikan tu..AMinnn..nnt majlis makan nasi minyak jangan lupa jemput!
    Ethanilusac said...
    Hello Bro, happy belated birthday. Jangan sedih-sedih hidup diperantauan tu. Emm, i belive ur mom and dad sure proud dengan kejayaan u...maklumlah doktor kan. Nanti dah jemu kat Uk tu, baliklah berbakti kat malaysia nie, hujan batu kat malaysia nie kenalah ditukar jadi hujan emas pulak
    Daniel Edzhan said...
    Bro, selamat ulang tahun. Semoga dimurahkan rezeki, dikekalkan jodoh berpanjangan, dan dikurniakan rahmat yang melimbah ruah. May Allah swt bless u
    Xis said...
    Eridz
    salam to you.. happy belated birthday to you. It's the same birth date with one of my good friends. Anyway... take care and happy weekend.
    MalayConfinementLady said...
    moga dipanjangkan umur dalam keberkatan...
    CikguZue said...
    macam sedih je bunyinye...takpe tak lama lagi boleh le balik for good.
    apepun, happy birthday...semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dlm keberkatan-Nya.
    Atiey MN said...
    epi belated birthday
    Eridzhuan Zhaieno said...
    Salam all,

    Rhea - yeah, mudahan saya menjadi anak yang soleh yang boleh berbakti kepada kedua ibu bapa.

    Asuhara - hehehe, insya'allah, kalau jemput nanti jgn tak datang pulak.

    Ethan - Insya'allah, aku nie juah-jauh gi merantau untuk kembali berbakti lah ibarat sireh pulang ke gangang...betul ke.

    Daniel - May Allah bless u and ur family too. Hahaha, jelous tengok ko, anak dah dua, aku satu pun belum ada.

    Xis - Thans, hope everything will be okay for you and me...

    Miin - akak, mudah-mudahan.

    Cikguzue - emmmm, lambat lagilah gayanya saya dapat balik Malaysia. Silap2 Cikguzue n suami balik dulu. Saya plan 2012 baru balik after olympic.

    Atie - thanx for e wish

Post a Comment