Ahad tadi saya dan beberapa sahabat lain meluangkan masa meraikan majlis hari bapa di Tenby khas untuk individu yang bergelar bapa, abah, ayah atau abi. Majlis ini disambut oleh keluarga pegawai Petronas. Perjalanan dari Swansea ke Tenby menggunakan Arriva tak terasa jauh dengan pemandangan muara laut, summer camp dan smoke houses. Dari Swansea ke Tenby mengambil masa sejam 30 minit melalui Tre-Gwyr, Pen-bre, Porth Tywyn, Cydweli, Glanyfferi, Caerfyrddin dan Witland. Sambutan telah diadakan di rumah Bro Jecky dan Kak Regina di Queen Victoria Villa. Sempena hari bapa ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan bapa, abah, ayah dan abi membesarkan anak-anak dengan sabar dan dedikasi.
Acara bbq di luar villa Bro Jecky. Nampaknya para bapa yang dirai terpaksa menjalankan tugas bakar membakar. Jangan hati terbakar sudahlah.
Hadiah paling bermakna sempena hari bapa buat Bro Fahrul dengan kehadiran baby boy, Firaz. Memang bapa mithali sungguh sebab sepanjang majlis, Bro Fahrul tak berlekang langsung dengan baby boy dia nie. Btw, selamat hari jadi juga buat Kak Sita. Next year bolehlah sambut harijadi dengan Firaz together.
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aminnnn.
Daniel, Ethan, Asuhara dan Rhea - Insya'allah doakan saya bertemu jodoh dengan wanita yang solihah yang akan melahirkan zuriat yang soleh buat saya.