Hari isnin dengan semangat baru, berazam untuk bekerja dengan lebih gigih berbanding minggu-minggu sebelumnya. Walaupun belum tahu sumbangan kerja dihargai atau tidak oleh boss, niatnya mahu bekerja seolah-oleh bakal hidup seribu tahun lagi. Tapi bagi ramai orang termasuklah aku sendiri, hari isnin pasti yang paling mensadiskan. Malasnya nak bangun awal-awal pagi pergi kerja, malasnya nak masuk pejabat dengan kerja-kerja yang bakal bertimbun dan malasnya nak menghadap muka rakan-rakan sepejabat yang tak ceria-ceria walaupun dah menang proton exora sebiji. Biasalah, ini perkara normal dan mungkin berlaku tidak normal sekiranya ada sesuatu yang memotivasikan ditempat kerja. Contohnya ada awek cun baru datang lapor diri dan duduk sebelah meja atau boss nak kasi bonus akhir bulan. Hahaha.....berangan jer kerjanya.
Hari ini, pukul 10.00 pagi baru menapak ke office dengan jacket burton walaupun hari panas bersimbah cahaya matahari, orang lain dah sehelai sepinggang. Sampai office, masih tak ada tag kuning untuk kerja minggu ini. Biasanya seawal pagi nota-nota kuning sudah terlekat di depan desktop. Dalam fikiran aku "tak ada kerja kah minggu ini" atau "Dr. Feng terlupa nak kasi aku kerja minggu ini".....tak mungkin....."Dr. Feng ingat aku masih ada banyak kerja yang tak selesai-selesai lagi kot".....emmm....."Jumaat lepas kan baru meeting dengan Dr. Feng, takkan lah dia tak sedar everything dah settle" atau "Dr. Feng ingat aku cuti minggu nie tapikan minggu depan baru aku start cuti". Huhhh.....perasaan jadi tak sedap pulak takut-takut Dr. Feng ingat aku cuti minggu ini sedangkan minggu depan baru start easter holiday dan aku dah minta cuti seminggu untuk berkelana ke negara jiran. Hati tak tenteram membuatkan aku menjenguk ke bilik Dr. Feng, lolll.....tag kuning tu ada depan pintu Dr. Feng pulak.....hahaha.....nie sure kes tak sempat nak kejar meeting kat Imperial hari nie. Tugas aku minggu nie cumalah menyiapkan progress report sama mencari literature untuk analisis wind blast time history. No extra works maksudnya minggu nie memang lapang sungguhlah.
Tapi Kak Izian tak datang pulak hari nie, jadinya tak adalah kawan nak sembang-sembang. Sepanjang hari, kerja aku cumalah surfing internet, chatting dengan member-member kat Malaysia yang time tu baru balik dinner, merayau-rayau dalam blog orang dan mencarikan journal impact untuk Shahrul Niza. Adalah juga membaca sebaris dua komen Dr. Feng tentang report aku minggu lepas. Banyak masa sebenarnya aku luangkan membaca blog The Kingdom tentang Cintaku Tercicir di Istanbul (Part 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10). Maklumlah isnin depan dah nak bercuti ke Istanbul.....memang tak sabar-sabar. Fikiran dah melayang jauh ke sana.....ke kota seribu masjid itu. Sejak 2007 lagi dah plan nak pergi Istanbul dengan Andy, tapi tak ada rezeki sebab masa tak mengizinkan and this year insya'allah dapat juga aku mengkakikan diri ke Istanbul dengan Azan dan Kamal. Hope everything berjalan dengan lancar.
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jgn lupa bgambar bnyak2..
snap pic byk2 e.. pastu tempek kat blog ni tau.. nk tgk t..
okies.. selamat bercuti..
Tiket ke Intanbul sekarang ni agak2 berapa ye...mana la tau nak pegi jugak nanti.
Daniel - hehehe, saja jalan2 release tension katakan. Insya'allah cintaku aku tinggalkan di UK sementara aku gi Istanbul. Bolehkah?
Attey - Insya'allah, nanti saya post dlm blog. Bolehlah sama2 melihat cam manakah rupanya kawasan sana tu.
Rhea - Jom lah gi, sempat lagi nie kalau nak fly ke UK, next week kan baru pergi. Boleh stay kat Swansea sebarang beberapa hari.
Mr. Final - Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pegalaman, pokailah tak ada duit lepas tu.
Cikguzue - Emmm, saya pergi by Easyjet jer. Kira dah sebulan book ticket, dpt 50pounds return tiket. Kalau ikutkan time easter holiday jer ada tiket murah mcm nie. Kalau x salah, around april still boleh dpt tiket murah around 60-70pounds return ticket. Check kat website dia, departure from Luton and Gatwick pun ada beza juga. Cikguzue, jom ramai-ramai meriahkan Istanbul....hehehe.