Indecision.....restlessness....anxious.....vacillation.....make me become more stress and overfatigue. Yeah.....I am a bitch worrywart today.
Too much.....Stress is a natural part of life
Aku stress sebab work schedule aku dah berubah from 11.00am till 5.00pm. Perghhh.....singkat betul masa nak buat kerja. Apa jer yang boleh aku buat dalam tempoh tu. Keluhan yang manis di bibir sahaja tapi dalam hati, alhamdulillah syukur nikmat.....itulah manusia yang selalu tak bersyukur dengan apa yang didapati.
Aku semakin stress dengan gaya tidur yang tak tentu hala sekarang nie. Kalau bulan-bulan lepas susah nak tidur dek terkenang orang yang jauh. Tapi sekarang mata akan mula mengantuk selepas isyak (lebih kurang pukul 7.00pm). Tidur sampai pukul 10.30 malam kemudian bangun, godek sana sini, ding dong sampai pukul 5.00 pagi, kemudian tidur balik. Akhirnya subuh beradu di dalam mimpi.....risau hidup tak berolehi nikmat kalau berterusan macam nie.
Lagilah bertambah stress dengan kerja-kerja yang makin berlambak-lambak. Belum selesai satu project dah dapat project yang lain. Pening memikirkan mana satu yang nak diselesaikan dulu.....bebannya bertambah tension dengan Rockfield collaboration project yang belum mendatangkan hasil. Nak salahkan siapa?.....muhasabahlah diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain.
Lazimnya hari nie aku ada meeting dengan Dr. Feng. Tapi sejak Isnin tadi dah tiga email aku send pada beliau untuk meeting appointment. Sehingga pukul 3.00 petang tadi, belum ada yang dibalas. Tunggu juga di ce2c center kalau-kalau dia nak bertandang ke office aku. Tapi langsung tak ada kelibat. Apa yang berlaku nie?.....makin risau dibuat nyer.
Lagi bertambah rungsing memikirkan situasi semasa politik tanahair. Pergi mampuslah dengan agenda politik kotor.....ahli falsafah sendiri yang bilang politik itu sampah. Negeri kelahiran aku, Perak Darul Ridzuan dah cukup bertuah memiliki menteri besar yang berwibawa, tiba-tiba pulak ada bangsat yang sanggup mengadai maruah dengan mengorbankan prinsip dan perjuangan yang dipegangannya selama ini. Ada sultan yang cerdik pun masih belum mampu untuk memikirkan keadilan dan kemakmuran rakyat jelata.....sedih dengan nasib bangsa dan negeriku, semoga Allah memelihara pemimpin yang berjuangan di jalan-Nya.
Jangan membiarkan kerisauan menghantui diri ini.....think positively.
Jangan membiarkan kerisauan menghantui diri ini.....think positively.