Brunel-Uxbridge

Aku membiarkan hari isnin dan selasa tadi tanpa memikirkan walau seelement pun finite element. Lega rasanya dapat melepaskan diri dari ce2c. Dengan cuaca seakan nak hujan dan pastinya ada angan-angan mengharap selepas hujan akan turunnya salji, pelangi selepas hujan tak main lah waktu winter nie kan, digagahkan juga menapak ke Quadrant Centre sambil mengusung beberapa helaian artikel dari Rockfield. Destinasinya hendak ke London, membawa Husnul, new phd student under Mara (skim pelajar cemerlang yang baru diperkenalkan untuk postgraduate study - maka sesungguhnya memang cemerlang pun pelajar-pelajar Mara nie tapi 99.9% daripada mereka memang spoil) melapor diri di Pejabat Mara London. Husnul nie senior aku masa sekolah di TSIS dan di universiti. Tapi sepanjang waktu dulu-dulu tu, tak pernah pun bersua muka apatah lagi berkenalan. Maklumlah, budak-budak Iqra' waktu kat universiti dulu memang spesis yang cemerlang dalam gerakan undercover mereka. Hahaha.....citer nie baru jer aku tahu lepas Bro Fendy yang juga super senior aku masa di universiti membuka pekung cerita. Aku time universiti dulu cuma active dalam SRM yang hanya dianggotai oleh golongan tak cemerlang yang graduate dengan first class sajor (masuk bakul angkat sendiri).

Sejujurnya aku tak ada mood pun nak menjejakkan kaki ke Kota London buat sekian kalinya. Tak ada apa yang menarik di sana tidak seperti kota-kota terkemuka di Europe. Aku sendiri tak faham kenapa ramai orang beria-ia nak ke London tu. Apa ada dengan London tu pun aku tak nampak melainkan Silver Bridge yang penuh kontroversi sewaktu awal-awal pembukaanya. Sebagai penanggungjawap kepada junior aku nie (sekarang ofcourse lah aku jadi senior kan.....hahaha), maka direlakan juga bermusafir dari Swansea ke Reading dan kemudian ke West Dryton. Kisahnya semasa perjalanan nak ke West Dryton nie, aku pun sempat lah online dengan Siti borak pasal her baby dengan harapan Husnul akan tengok-tengokkan signboard stesen perhentian. Tapi alih-alih dah jam 3.00 petang tapi tak sampai-sampai lagi West Dryton sebab dalam jadual perjalanan patut sampai 2.50 petang. Alih-alih tersampai ke Paddington pulak. So, aku dengan Husnul decided to stay on the train yang akan berpatah balik ke Reading dengan berdoa tak adalah operator ticket datang mengcheck. Akhirnya, jam 4.00 petang barulah berjaya menjejakkan kaki di Uxbridge.

This is first time I step my foot in Brunel University. Memang cantiklah dengan rekabentuk arkitektur 'simple modern' ditambah pula dengan safety system yang tinggi. Bayangkan nak naik lift dalam hostel pun ke touch student card. Bilik yang disediakan tuk postgraduate student pun sangatlah cantik dan mewah kalau nak dibandingkan dengan di Swansea (motif kutuk tempat sendiri). Disebabkan masa yang nak dibazirkan di London nie sangatlah terhad, makanya aktiviti yang diatur sangatlah padat supaya kita orang boleh bawa Husnul jalan-jalan sekitar Central London. Bro Fendy tetiba jer ada idea nak gi Soho.....hohoho, aku tak ada compromi untuk ke sana, tapi bagi budak-budak bujang tempat tu may be bolehlah korang pergi. Alang-alang dah sampai ke London nie, aku pun ambik peluang membazir pounds di MSD (biasalah makanan kat sanakan memang mahal) dan keesokkannya lunch di Bonda Cafe yang dekat ngan bangunan Mara yang burok itu (ehhh.....bukan dalam bangunan burok tu ke?).


Bawa Husnul jalan-jalan kat Westminster, si baju biru tu Bro Fendy


Dalam samar-samar nie pun aku sure korang boleh teka bangunan tu


Aku menginterframekan diri di kitchen Bro Fendy


Masih menyempat lagi online dalam train

0 Comments:

Post a Comment