Time For New Year

Salam maal hijrah and upcoming 2009. Tahun 2008 telah melabuhkan tirainya, begitu juga tahun 1429 hijrah. Masa bersilih ganti dan aku masih di Swansea melalui hari-hari seperti selalu. Sayu meninggalkan 2008, tahun yang banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup ini. Terasa begitu cepat masa berlalu, begitulah jika dilalui tanpa aral dan petaka melanda, ada pula kejadian manis untuk dikenang dan belum puas menikmatinya, ia pergi meninggalkan kita. Semua yang kita impikan, semua yang kita citakan, datang dan pergi semudah kemahuan Tuhan. Daripada keluarga yang bahagia, teman yang mesra, persekitaran yang harmoni, jiwa yang tenang, 1001 kehendak materialistik manusia yang tertunai, namun tak kurang yang tersadai ditengah jalan. Dalam manis tentu ada pahit. Tipu jika dikatakan tiada, tapi apalah maknanya mengenang yang pahit sedangkan kemanisan yang dikecapi lebih bermakna daripada segalanya.

Tidak mahu pesimis terhadap kemungkinan hidup, 2009 membuka lembaran baru dengan usia yang lebih matang. Bermakna 26 tahun meminjam udara untuk bernafas, 26 tahun tanggungjawab papa dan mama tergalas berat, 26 tahun juga menyelusuri hidup yang penuh onak berduri. Apa ada pada angka? Some people say 'the number is nothing'. Betul.....kerana berapa pun usia kita, hidup mesti diteruskan. Kerja masih berlambak perlu diselesaikan. Tapi kita mesti positif dengan hidup dan harus bersedia menjadi matang untuk mengalas tanggungjawap baru. Jika boleh apa kenikmatan yang diperolehi sepanjang tahun lepas akan terus dinikmati. Dengan harapan tahun 2009 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Doakan semoga semuanya dapat berjalan dengan baik. Begitupun, ketentuan dan perancangan Tuhan itu lebih sempurna dan elok buat diri ini. Dan doaku.....biarlah kehidupan ini terus disinari dengan cahaya Illahi, dimudahkan segalanya dan berbahagia selalu! Mengorak langkah dengan lebih yakin dan bersemangat. Welcome 2009!!!






0 Comments:

Post a Comment